Kini Anda Boleh Dapatkan Visa Kerja Sambil Travel Ke New Zealand

Kini Anda Boleh Dapatkan Visa Kerja Sambil Travel Ke New Zealand

Tahukah anda, kini anda boleh dapatkan visa kerja sambil travel ke New Zealand secara sah. Siapa je tak suka pergi melancong atau travel kan. Lagi-lagi kalau berkesempatan untuk jejakkan kaki di bumi kiwi, New Zealand. Tambahan lagi pula, kini boleh kerja sambil travel di sana.


New Zealand merupakan antara negara teraman di dunia. Di sana juga, ramai pelancong yang datang untuk nikmati pemandangan gunung dan lembah semula jadi yang cukup indah. Orang cakap, pemandangannya persis syurga dunia. Di sana mungkin tidak terkenal dengan bangunan yang gah tetapi alam semula jadinya cukup indah.

Baca Juga : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Sebelum ini kita biasa dengar rakyat Malaysia pergi ke New Zealand atau Australia dan bekerja sana secara haram. Mereka sanggup pergi walaupun kerja kutip buah dikebun sahaja kerana bayaran yang diberi agak baik berbanding di negara sendiri. Jadi mereka sanggup masuk secara haram.

Kini Anda Boleh Dapatkan Visa Kerja Sambil Travel Ke New Zealand

Jadi dengan itu, pihak New Zealand khususnya berbaik hati ingin membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia. Dengan adanya visa ini, anda dibenarkan untuk bekerja atau belajar dan travel di New Zealand secara sah. Sekarang pun, kadar tukaran wang 1NZD bersamaan MYR2.69. Kadar tukaran yang baik setakat ini.

Tetapi pastinya disediakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum anda memohon visa ini. Jika memenuhi syarat tersebut, barulah permohonan anda diluluskan.

Kini Anda Boleh Dapatkan Visa Kerja Sambil Travel Ke New Zealand

Working Holiday Visa Di New Zealand


Permohonan Working Holiday Visa New Zealand ini akan dibuka dan boleh mula membuat permohonan bermula 23 Januari 2020 pada jam 5 pagi wakti Malaysia atau jam 10 pagi waktu New Zealand.


Syarat Permohonan Visa New Zealand


Antara syarat-syarat permohonan yang anda perlu patuhi adalah seperti dibawah :

  1. Pemohon mesti berumur antara 18 hingga 30 tahun
  2. Tempoh hanya selama 6 bulan 
  3. Anda perlu mempunya simpanan awal sekurang-kurangnya NZD2250 (~RM6045) sebagai persediaan untuk kos sara hidup di New Zealand
  4. Tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap disana
  5. Tidak boleh membawa anak dan pasangan jika sudah berkahwin. Jika mahu juga, permohonan asing perlu dibuat.
Kini Anda Boleh Dapatkan Visa Kerja Sambil Travel Ke New Zealand

Cara Memohon Visa New Zealand


Sebagai pengatahuan awal, permohonan Working Holiday Visa New Zealand kepada rakyat Malaysia adalah terhad iaitu dibuka hanya 1150 visa sahaja (Setiap Tahun). Permohonan boleh dibuat secara online dengan bayaran NZD208 (~RM558) dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Untuk memohon, anda perlu pergi ke laman web rasmi Immigration New Zealand di bawah. Klik sahaja.


Jadi kepada mereka yang berminat untuk menjejakkan kaki di New Zealand iaitu Kerja sambil travel, anda jangan lepaskan peluang ini. Permohonan hanya dibuka setahun sekali sahaja.

8/Post a Comment/Comments

  1. perkongsian yang menarik.. dulu masa zaman student, ada kawan yang berani ke australia untuk kerja kutip buah.. secara halal atau haram saya tak pasti.. hehehe

    ReplyDelete
  2. bagi yang inginkan adventureous mmg sesuai ni, if saya mmg tak berani lah
    hehee

    ReplyDelete
  3. negara yg mama teringin sgt nak pergi.. best gak kalau dpt pergi sambil bekerja

    ReplyDelete
  4. Info yang sangat bermanfaat... betul memang banyak yang keja di sana secara haram😅.. semoga info ni dapat membantu warga malaysia yg kerja di new zeland..

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. BAGUSNYA PEMANDANGAN DEKAT SITU BANG...#375

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post