Menu Baru Daripada KFC, White BBQ Crunch Sedap Tapi Spoil Sikit La...

Menu Baru Daripada KFC White BBQ Crunch Sedap, Tapi Spoil Sikit La

Minggu lepas, aku berkesempatan untuk cuba menu baru daripada KFC iaitu White BBQ Crunch. Rasanya ia dilancarkan pada akhir Disember 2019 atau awal Januari 2020, tak ingat pula. Tapi kalau korang pergi KFC sekarang, inilah antara menu terbaru mereka.

Jika tak silap, menu baru tambahan kepada ayam goreng KFC sebelum ini adalah Sawadee Crunch dan kini White BBQ Crunch pula. Daripada warna hijau kepada warna merah dan putih. Ayam tersebut 'disalut' dengan Smoky White BBQ dan Hot Sauce Glaze. Jadi sedap ke menu baru KFC ni? Kalau tengok review di internet, ada yang mengatakan ianya sedap tapi spoil sikit. Kenapa tu?
Baca Juga : Menu Ala Thai, KFC Sawadee Crunch Diperkenalkan

Bagi aku, aku setuju dengan reviewer tersebut. Menu baru, White BBQ Crunch daripada KFC ini sedap, tapi spoil sikit la. Apa yang spoil nya?

Menu Baru Daripada KFC White BBQ Crunch Sedap, Tapi Spoil Sikit La

Review White BBQ Crunch Daripada KFC


Korang sudah boleh dapatkan menu baru ini di kesemua outlet KFC di seluruh negara bermula dengan harga RM15.90 hingga RM20.30. Menu ini disediakan dengan 2 jenis hidangan iaitu set combo 2 ketul ayam (RM15.90) dan set combo 3 ketul ayam (RM20.30).

Menu Baru Daripada KFC White BBQ Crunch Sedap, Tapi Spoil Sikit La

Jika korang dapatkan mana-mana set combo tersebut, ianya akan didatangkan dengan 1 kentang putar dan 1 coleslaw beserta air minuman bergas. Jadi untuk aku, aku dapatkan set combo 2 ketul ayam berharga RM15.90 beserta side-dish tambahan tersebut. Hidangannya sama sahaja seperti Snack Plate (RM12.50) dan membezakannya ayamnya 'disalut' dengan Smoky White BBQ dan Hot Sauce Glaze.

Sos BBQ tetapi berwarna putih. Unik disitu.


Kenapa ianya spoil? Ini kerana, jika lihat pada iklan, ayam tersebut seolah-olah diliputi penuh dengan Hot Sauce Glaze tetapi hakikatnya ianya hanya sejemput sahaja di atas ayam pada 1 bahagian sahaja dan ditabur dengan Smoky White BBQ. Masa aku makan, aku pun terkejut, aik ni je sauce di bagi? hahaha Spoil sikit la disitu.

Menu Baru Daripada KFC White BBQ Crunch Sedap, Tapi Spoil Sikit La

Kalau korang rasa ayam tersebut, Hot Sauce Glaze tu seolah-olah seperti sos merah yang disalut pada ayam goreng pedas korea. Sama sahaja. Nak kata pedas, ianya ada tetapi tidak terlalu pedas. Rasanya kalau orang tak suka pedas pun, boleh makannya. Manakala sos putih (Smoky White BBQ) itu sememangnya rasa seperti sos bbq yang biasa kita makan. Jadi kalau korang makan, akan ada 2 rasa campuran iaitu pedas dan sos bbq. Tapi ianya hanya berlaku pada 1 bahagian la dan bahagian lain adalah rasa ayam spicy KFC sahaja. Untuk side-dish yang lain, sama je rasa.

Sebenarnya aku bayangkan, sauce tersebut diberi asing dan kita akan salutkannya sendiri sama seperti dibuat pada Hot n Chezzy sebelum ini, tetapi bayanganku meleset. Ianya sudah disediakan pada awal penyediaan, korang tak perlu nak salut sendiri, korang terus makan je.

Kalau tak mampu sediakan sama seperti iklan TV, at least hampir-hampirlah kualitinya, ini jauh benor. Itulah spoilnya. Tapi bagi aku menu baru KFC White BBQ Crunch ini sedap dan boleh kalau nak makan sekali lagi. Dengan harga RM15.90 tidaklah terlalu mahal dan tidaklah terlalu murah. So so je. Jadi menu baru KFC ini, boleh repeat lagi.

Jadi apa pandangan korang pula berkaitan menu baru KFC, White BBQ Crunch ni? Lontarkan di bahagian komen dibawah.

9/Post a Comment/Comments

  1. Belum cuba lagi...nmpk menarik tp biasa menu2 baru kfc ni mmg kureng sikit mcm haritu mkn sawadee krunch rasa ayam masam.

    ReplyDelete
  2. aahla kat iklan tu dia salut terus merah seketul tu kan... tapi yang betulnya tak la salut ye... cumanya sos putih tu nampak banyak jugak dia boh kan...

    akak teringin nk rasa jugak harapnya sempatla merasa... sebab si aiyan tu selalu kalau ajak makan fastfood mesti nak makan MCD je, bila ajak ke KFC mulalah dia bt muka

    ReplyDelete
  3. tak best la kalau satu bahagian je. Tak puas la nak makan sebab atas je yang terasa, yang balance dekat bawah rasa biasa je

    ReplyDelete
  4. Belum cuba lagi...memandangkan ada voucher KFC, bolehlah beli set ni huhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
  6. Salam,mmg sedap ayam nie cuma mcm bro ckp TD tu salutan bbq merah tu xmencukupi bg Sy coz salut sebhgian ayam shj,better bg asing sos bbq merah tu,tq

    ReplyDelete
  7. Dah cuba.. dan memang sedap.. pedas + manis² 🤤🤤🤤... ye.. sauce tu tak cukup.. betul² spoil.. indah gambar dari rupa sebenar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post