Pembayaran Fasa Pertama Serta Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Pihak Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan dimana pada 20 Januari 2020 ini, Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi kategori isi rumah akan mula dibayar. Jadi bermula pada hari tersebut 3 golongan daripada kategori tersebut akan mula menerima pembayaran RM300 daripada Kerajaan.

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 bagi Kategori Isi Rumah adalah secara Pengkreditan terus ke akaun atau Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak).

Baca Juga : Cara Memohon ePerumahan DBKL Dengan Bayaran Sewa RM100 Sahaja

Sejurus daripada pemakluman itu juga, Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh bagi mereka yang ingin membuat permohonan baru dan juga kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020 untuk kategori isi rumah dan juga kategori bujang.

Sedikit maklumat bagi siapakah yang layak bagi memohon untuk kategori permohonan baru Isi Rumah dan Bujang :

Kategori Isi rumah

  1. Kahwin
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak
  3. Bujang 60 tahun dan keatas
Pemohon
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah (pemohon & pasangan) RM4000 dan ke bawah
  • Pasangan
  • Warganegara Malaysia
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak
  • Status anak : Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf); atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Had Umur: 17 tahun dan ke bawah, atau 18 tahun dan ke atas (pelajar sepenuh masa)
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan


Kategori Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tidak mempunyai anak
  2. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun dan ke atas
Pemohon Bujang
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2000 dan ke bawah
  • Had Umur : 40 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun da ke atas bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH 2020


Anda boleh mula buat permohonan baru dan kemaskini maklumat bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2020

Permohonan baru sudah tentu dibuka kepada mereka yang belum terima apa-apa bantuan daripada Kerajaan melalui program BSH sebelum ini. Tetapi siapakah mereka yang perlu kemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup ini? Dan siapakah yang tidak perlu membuat kemaskini?

Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat;
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    • Elaun Pekerja Cacat
    • Bantuan Penjagaan OKU
    • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    • Bantuan Orang Tua

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020


Jadi bagaimana mahu membuat permohonan baru atau kemaskini maklumat BSH?

Cara Buat Permohonan Baru


Untuk permohonan baru anda diberi 2 cara untuk memohon iaitu melalui permohonan secara online atau permohonan melalui borang.


Permohonan Secara Online

Mulanya, anda perlu pergi ke pautan bsh.hasil.gov.my kemudian tekan MyBSH (pautan ini hanya akan berfungsi ketika permohonan baru dibuka iaitu pada 1 Februari 2020)

Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Kemudian anda perlu isikan kesemua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul. Pastikan tiada maklumat yang salah dan jangan tipu keterangan. Antaranya adalah bahagian Pemohon, Anak, Bank, Dokumen, Waris, Pengesahan dan jika sudah selesai akhir sekali klik hantar.

Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Permohonan Melalui Borang

Borang Permohonan BSH boleh didapati secara percuma di (bermula 1 Februari 2020):
  • Portal Rasmi BSH LHDNM; atau
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Kemudian, anda boleh menghantar Borang BSH 2020 di kaunter-kaunter berikut:

  1. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  2. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  4. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
  5. Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima


Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini BSH ini, anda boleh download PDF ini.


Kemaskini Permohonan BSH


Kemaskini secara manual boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM. Bagi kemaskini BSH secara online, layari portal rasmi bsh.hasil.gov.my yang juga akan mula dibuka pada 1 Februari 2020 kelak.

Kemudian pilih MyBSH dan masukkan nombor kad pengenalan anda.


Setelah berjaya log masuk ke dalam sistem kemaskini BSH anda, sila semak terlebih dahulu kesemua maklumat yang telah dimasukkan sebelum ini. Pastikan maklumat permohonan tersebut adalah data terkini seperti maklumat bank.

Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini BSH ini, anda boleh download PDF ini.

4/Post a Comment/Comments

  1. tak sabar nak tunggu BSH masuk...haha

    ReplyDelete
  2. hmmmmm seronok lah yang dapat BSH tuh...

    ReplyDelete
  3. Belum pernah dapat nak cuba lagilah 1 Februari 2020 nanti hiks!

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada semua yg layak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post