Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik? - Aiman Abdullah ايمان عبد الله
News Update
Loading...

Monday, 6 January 2020

Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik?

Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik?
Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik?

Tak sangka filem Survival Family ini bagi aku sangat menarik walaupun jalan ceritanya simple sahaja dengan 4 watak utama yang diketengahkan yang merupakan sebuah keluarga. Filem ini telah ditayangkan pada 2017 lagi, tetapi pada 2019 baru aku tahu kewujudan cerita ini dan baru lah aku sempat menontonnya. Korang kene tengok cerita ni!

Filem : Survival Family
Negara : Japan
Pengarah : Shinobu Yaguchi
Genre : Drama, Komedi
Pelakon : Fumiyo Kohinata, Eri Fukatsu, Yuki Izumisawa, Wakana Aoi
Tarikh Tayangan : 2017
IMDB : 7.2 / 10
Penilaian aimanabdullah.com : 8.0 / 10

Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik?

Sinopsis


Seorang lelaki pertengahan usia, Yoshiyuki, dan isterinya, Mitsue, hidup dalam kehidupan normal di flat mereka di Tokyo bersama anak perempuan mereka yang ketagihan telefon pintar dan anak lelaki yang menyembunyi emosi di sebalik gajetnya. Mereka yang berada dalam zon selesa dikejutkan apabila kejadian `blackout` secara global berlaku. Apabila barangan keperluan semakin berkurangan, mereka terpaksa mengayuh basikal ke ladang datuk mereka di Kogishima dengan harapan untuk terus dapat menjalani kehidupan.

Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik?

Ulasan Filem Survival Family


Bagi aku ianya sebuh filem berkisarkan kekeluargaan yang diselitkan dengan drama. Komedi itu ada, tapi tidaklah sarat dengan gelak tawa. Jadi kalau korang nak tengok secara santai sahaja pun boleh. Ceritanya tidak terlalu berat dan boleh dihadam dengan baik. Disebabkan cerita ini dah lama, aku akan cerita ulasan sepenuhnya la. Ini kerana pengakhiran cerita baru kita tahu kenapa terjadinya blackout seluruh dunia.


Pada awal penceritaan, filem Survival Family ini menunjukkan sepenuhnya kebergantungan pelakon kepada teknologi sama ada ketika memasak, membasuh, bersama gadget, telefon bimbit dan sebagainya. Jadi selepas terjadinya blackout tersebut, kesemua peralatan yang menggunakan elektrik dan bateri tidak boleh digunakan.


Bayangkan 1 dunia, elektrik tiada, bateri sel kering, sel basah pun tidak boleh digunakan. Kesimpulannya, semua benda tak boleh guna. Tapi bila telefon pun tak boleh guna, mereka tidak tahu pun keadaan di tempat lain, adakah tempat mereka sahaja blackout atau tempat lain juga. Jadi disebabkan itulah, mereka yang berada di Tokyo bergerak ke merata seluruh Jepun. 4 beranak ini telah buat keputusan untuk bergerak ke Kogishima iaitu tempat atuk mereka iaitu di Selatan Jepun dengan jarak 900KM.

Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik?

Kapal terbang tidak dapat berfungsi, jadi mereka decide untuk berbasikal. Jadi disinilah bermula Survival Family mereka. Sepanjang perjalanan mereka daripada Tokyo ke Kogishima terdapat pelbagai peristiwa yang terjadi. Basikal rosak, terpaksa makan makanan anjing, bermalam di atas highway dan banyak lagi.

Dalam cerita ini juga, korang akan lihat betapa berdisiplinnya rakyat Jepun. Mereka tahu, mereka kesempitan wang, tetapi mereka tidak mencuri secara diam-diam. Mereka beratur ketika ingin membeli makanan walaupun tengah lapar. Hakikatnya inilah sikap rakyat Jepun itu sendiri.


Mereka juga terpaksa kembali kepada kehidupan zaman dahulu yang tidak bergantung kepada elektrik. Nak minum air, kene bakar kayu api. Nak makan, kene hidupkan api sendiri. Kene pum air telaga, tangkap binatang sendiri dan sebagainya. Sebenarnya banyak yang boleh kita pelajari melalui filem Survival Family ni.

Review Filem Survival Family 2017. Bagaimana Hidup Tanpa Elektrik?

Terdapat juga babak sedih dimana, ayah mereka Yoshiyuki disangka telah mati kerana dibawa arus deras sungai tetapi akhirnya dijumpai terdampar dan masih hidup dalam beberapa hari. Akhirnya selepas beberapa minggu berbasikal, mereka sampai di kampung atuknya.


Kejadian blackout ini sebenarnya terjadi lebih daripada 2 tahun dan ianya dilaporkan adalah disebabkan solar flare atau komet yang lalu berdekatan dengan bumi yang menyebabkan terputusnya semua sistem jana kuasa di dunia. Akhirnya mereka kembali ke keadaan asal dan pulang ke Tokyo.

Ternyata segala perkara yang mereka lalui selama ketiadaan elektrik, memberi pengajaran kepada mereka sekeluarga untuk bersyukur terhadap semua perkara. Korang kene tengok cerita ni, mesti tak menyesal punya. 

Kongsikan Artikel Ini

3 comments

  1. Bagus movie macam ni. Nanti nak cuba tengok. Nice review. ^^

    ReplyDelete
  2. nak tengok lah esok, time lunch hour. hehe. tq kongsi ^_^

    ReplyDelete
  3. dulu pernah tgk variety show korean diorang buat challenge macam hidup tanpa elektrik, tanpa air, memang best tengok. movie ni pun nampak menarik :)

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done