Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Bagi Tahun 2020 - Aiman Abdullah ايمان عبد الله
News Update
Loading...

Friday, 10 January 2020

Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Bagi Tahun 2020

Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Bagi Tahun 2020
Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Bagi Tahun 2020

Setiap tahun, Januari adalah permulaan bagi sesi Persekolahan dan juga beberapa Universiti di Malaysia. Tahun 2020 ini juga sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Tahun baru, sesi baru, semangat baru dan azam baru.

Jadi permulaan ini juga, anda boleh dapatkan senarai bantuan pelajaran atau bantuan pinjaman daripada pelbagai pihak. Tahun barulah, banyak agensi atau syarikat banyak tawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak. Maka anda sebagai pelajar sama ada di Sekolah atau Universiti harus grab dan dapatkan bantuan ini semua bagi meringankan kewangan selama berada di dalam alam pelajaran.


Jadi disini, saya senaraikan biasiswa, pinjaman, dermasiswa, zakat atau apa sahaja bantuan pelajaran yang dibuka dan ditawarkan kepada pelajar sekolah dan mahasiswa universiti bagi tahun 2020. Jika ada juga maklumat yang anda perolehi, anda boleh share di ruangan komen dibawah dan saya aku update dari masa ke semasa.

Senarai Bantuan Pendidikan Bagi Tahun 2020


Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS daripada Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu
Tempoh : 3 bulan dr tarikh pendaftaran pengajian

(Bantuan Zakat) Dermasiswa/Bantuan Am IPTA/IPTS daripada Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu
Tempoh : 1 Januari hingga 31 Mac 2020

Skim Bantuan AM Persekolahan Baitulmal Tahun 2020 (MAIWP - Labuan)
Tempoh : 31 Januari 2020

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak
Tempoh : 1 Disember 2019 - 29 Februari 2020


Dermasiswa Harapan (Dalam & Luar Negara) daripada Yayasan Perak
Tempoh : 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi

Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak
Tempoh : Sepanjang Tahun 2020

Bantuan AM Pelajaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tempoh : 3 bulan dari tarikh pendaftaran semester pertama ke IPT

Biasiswa Sekolah Menengan (Tingkatan 1) daripada Yayasan Wilayah Persekutuan
Tempoh : Sehingga 14 Februari 2020
https://www.yayasanwp.org/muat-turun

Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) daripada YAPEIM
Tempoh : 31 Januari 2020
https://www.facebook.com/yapeimofficial/posts/2776994525699928

Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2020 daripada Yayasan Pasir Gudang
Tempoh : 23 Januari 2020
https://www.facebook.com/yayasanpasirgudang/posts/2621651137953857

Biasiswa untuk semua peringkat pengajian bagi pelbagai bidang – termasuklah di universiti awam Malaysia daripada Bank Pembangunan Islam (IsDB)
Tempoh : Sehingga 28 Februari 2020
https://www.isdb.org/scholarships

Stipendium Hungaricum Scholarship (Study in Hungry)
Tempoh : sehingga 15 Januari 2020
http://studyinhungary.hu/study-in-hungary/menu/stipendium-hungaricum-scholarship-programme

Penawaran Biasiswa YH2 Capital Scholarship (Magdalene College, University of Cambridge in the United Kingdom)
Tempoh : Sehingga Februari 2020)
https://www.yh2capital.com/yh2-capital-scholarship/

Biasiswa CUCKOO Sesi 2019/2020 Kepada Pelajar UPM
Tempoh : Sehingga 9 Februari 2020
https://www.pnddkn.com/2020/01/permohonan-biasiswa-cuckoo-2020-upm.html



*seterusnya akan di update dari masa ke semasa

Kongsikan Artikel Ini

6 comments

  1. yang yapeim tu adik akak ada jugak cuba mohon tak tau la dapat ke tidak...

    ReplyDelete
  2. terima kasih diatas perkongsian ini. Nanti nak maklumkan kpd bekas2 pelajar abe kie.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. semoga dipermudahkan urusan semua pemohon untuk bantuan ni ^_^

    ReplyDelete
  4. sesiapa yg tengah cari biasiswa bolehlah refer pada entry ni. nice sharing:)

    jemput singgah http://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/01/drama-black-malaysia.html

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang amat baik, aiman :)

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done