Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Sempena menyahut seruan Kerajaan berkenaan Tahun Melawat Malaysia 2020, setiap negeri pasti memainkan peranan bagi menarik pelancong daripada dalam negeri dan khususnya dari luar negara untuk datang dan bercuti di dalam Malaysia. Tidak kira di negeri mana, daerah mana, pastikan ianya di Malaysia.


Jadi untuk korang yang nak merasa datang Temerloh dan buat perkara lain selain daripada makan ikan patin, korang boleh tengok senarai antara tempat yang menarik boleh di lawati di Temerloh. Walaupun ianya bukanlah daerah pelancongan tetapi masih ada tempat-tempat menarik yang boleh korang datang dan nikmati pengalaman selama berada di Temerloh.


Jadi jom kita tengok 10 tempat menarik yang ada di Temerloh dan jangan lupa datang bersama kawan-kawan dan keluarga

10 Tempat Menarik Di Temerloh



#1 - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Korang boleh datang sini bagi melihat keadaan dan gelagat gajah yang telah dipulih dan dipelihara oleh pusat konservasi ini sendiri. Disini bukanlah pusat latihan gajah tetapi ianya lebih kepada pulih dan pelihara gajah liar. Jadi rata-rata gajah disini adalah gajah yang telah diselematkan. Jadi korang boleh datang sini, tengok gajah mandi, bagi makan gajah, tengok telatah gajah dan sebagainya. Masuk percuma je tau!


#2 - Deerland Park


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Deerland Park ini tidak jauh lokasinya daripada Pusat Konservasi Gajah tersebut. Jadi mungkin kalau korang datang sini, boleh pergi dua-dua tempat ini. Disini korang boleh datang dan bermain bersama rusa yang jinak. Berbeza dengan tempat di atas. Kalau korang minat terhadap binatang seperti rusa ini, korang boleh datang sini. Masuk dikenakan bayaran.

Maklumat Lanjut : Klik Sini

#3 - Pekan Sehari


pekan sari temerloh

Kalau korang nak merasa berjalan dalam pekan sehari (pasar pagi) dalam jarak 1KM, korang boleh datang sini Pekan Sehari berdekatan dengan sungai Pahang. Disini pelbagai jualan dibuat bagi sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, makanan, sarapan pagi, air, baju, mainan, ikan laga, pokok, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi. Tapi ianya hanya dibuka pada hari Ahad saja. Jadi sebelum balik, korang boleh la singgah sini dulu.


#4 - Kubang Gajah Waterpark


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Di Temerloh pun ada waterpark tau, tapi tidak la sebesar di tempat-tempat lain. Jadi kalau anak-anak nak main air, boleh datang di Kubang Gajah Waterpark Temerloh. Kawasan ini terletak dalam kawasan rekriasi, jadi selain daripada waterpark, anda juga boleh jogging disini. Untuk taman rekriasi ini percuma je tapi untuk masuk ke Kubang Gajah Waterpark kene bayar la


Hari Operasi : Setiap hari kecuali rabu tutup
Masa : 9.00 pagi - 7.30 malam 
Bayaran : Dewasa - RM12 | Kanak-Kanak - RM10

#5 - Car Boot Sale (CBS) Temerloh


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh
sumber : picuki.com

Carboot Sale (CBS) antara tarikan menarik juga di Temerloh ni. Ianya hanya beroperasi pada sabtu malam sahaja. Jadi kalau korang datang hujung minggu ke Temerloh, boleh datang sini. Banyak jualan yang disediakan disini, ada pakaian, makanan, minuman, barang make-up dan sebagainya. Ianya bermula seawal 9 malam hingga 1.00 pagi. Nak lepak sekejab, boleh la datang sini. Katanya antara carboot sale terbesar di pantai timur.

#6 - Pasar Karat Temerloh 


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Dalam waktu yang sama, kalau korang dah selesai pergi ke Carboot Sale, korang boleh datang pula ke Pasar Karat Temerloh. Lokasi kedua-dua ini tidaklah terlalu jauh. Disini ianya lebih kepada barang pre-love. Ianya dijual dengan harga berpatutan. Nak cari barang rare, korang boleh cuba datang sini. Waktu operasinya sama iaitu Sabtu malam bermula 9 malam hingga 1 pagi

#7 - Kampungstay Desa Murni


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Nak merasai duduk ala-ala kampung, boleh stay dan bermalam di Kampungstay Desa Murni ini. Disini dipanggila kampungstay kerana rekabentuk bangunannya ala-ala kampung dan tenang sahaja. Mereka sedia menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan. Kalau korang nak buat family day, sangat sesuai disini. Kolam mandi pun ada tau. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke facebook page Kampungstay Desa Murni

#8 - Monumen Titik Tengah Semenanjung


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Pada 2019 yang lepas, telah secara rasminya Monumen Titik Tengah Semenanjung dibuka kepada orang ramai. Disinilah terletaknya titik tengah bagi semenanjung Malaysia iaitu di Lanchang, Pahang. Kalau di Tg Piai, Johor ada mercu tanda penghujung tanah besar Asia dan Malaysia, di Pahang ada mercu tanda titik tengah semenanjung Malaysia. Boleh datang sini bergambar. Korang berada di tengah-tengah Malaysia.


#9 - Masjid Temerloh Jaya


Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Aku masukkan masjid ini sebagai destinasi di Temerloh terutamanya bagi orang Islam. Masjid Temerloh Jaya (MTJ) merupakan antara masjid paling imarah dengan solat jemaahnya walaupun pada waktu Subuh. Dah alang-alang sampai Temerloh, datang la MTJ juga. Boleh solat beramai-ramai setiap kali waktu solat. Sebenarnya ramai je orang luar yang sangguh datang ke Masjid Temerloh Jaya untuk merasai solat berjemaah terutamanya solat Subuh.


#10 - Esplanade Temerloh


Inilah port atau tempat yang orang kata datang Temerloh tak singgah sini tangkap gambar tak sah. Dah datang Temerloh, singgah sini, ambil gambar sebagai bukti. Disini terletakkan signboard besar tulisan Temerloh. Selain itu, disini juga korang boleh naik jambatan gantung merentasi sungai Pahang. Kalau bernasib baik, ada disediakan perkhidmatan bot pusing sungai Pahang. Kedai makanan juga disediakan disini

Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh


Jadi itulah antara 10 tempat menarik yang korang boleh datang dan melawati di Temerloh. Sambil makan ikan patin semua itu, datang juga tempat-tempat ni kan. Datanglah ke Temerloh sempena Tahun Melawat Malaysia 2020



4/Post a Comment/Comments

  1. Best jugak kalau pergi Temerloh ni. ^^

    ReplyDelete
  2. teringin nak pi ke esplanade temerloh tu ^_^

    ReplyDelete
  3. 1 lgi datanglah ke kolam tahfiz....x crowded sgt berbanding di kubang gajah..suasana kg yg tenang dgn kerbau tepi2 jalan

    ReplyDelete
  4. tq untuk info, akk selalu kalu ke temerloh, memang cari restoren ikan patin, explanede dan pasar pagi tuh... lepas ni akak nk ke monumen titik tengah semenanjung tuh, jabatan akak yg buat tu... tanjung piai dah sampai nk ada gambar kt titik tengah lak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post