Kompaun Trafik DBKL Hanya RM15 Sahaja

Kompaun Trafik DBKL Hanya RM15 Sahaja

Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2020, DBKL telah memberi diskaun kompaun Trafik DBKL hanya RM15 sahaja. Tawaran ini adalah diadakan dalam masa terhad. Jadi kepada mereka yang mungkin rasa pernah melakukan kesilapan trafik dalam kawasan Kuala Lumpu, inilah masa untuk anda membayarnya.

Hari Wilayah Persekutuan diadakan pada 1 Februari pada setiap tahun bagi 3 wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Jadi pastinya pada bulan tersebut pelbagai aktiviti menarik yang di adakan dan disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Baca Juga : Cara Semak Saman Polis Dan Dapatkan Diskaun 50% Dengan Bayar Secara Online

Antaranya adalah Tawaran Kadar Khas bagi Kompaun Trafik DBKL hanya RM15 sahaja. Pastinya sedikit sebanyak mengurangkan bebanan pesalah bagi melangsaikan denda yang mereka terima. Salah tetapi salah, jika anda mempunyai kemampuan, bayarlah kompaun atau denda itu. Jangan dijadikan hutang.

Tawaran Kadar Khas Bagi Kompaun Trafik DBKL Hanya RM15


Kompaun Trafik DBKL Hanya RM15 Sahaja

Datuk Bandar Kuala Lumpur telah bersetuju untuk memberikan tawaran kadar khas Kompaun Trafik DBKL bermula dari 1 Februari 2020 hingga 3 Mac 2020.

Tawaran kadar kompaun khas kepada wargakota ini adalah untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih tidak dijelaskan bagi mengelakkan tindakan senaraihitam (blacklist) diambil terhadap mereka.

Kadar Kompaun Mengikut Jenis Kenderaan :


Kereta = RM15
Motosikal = RM15
Kenderaan Berat (Lori, Bas dan Lain-Lain) = RM15


Tawaran kadar khas ini adalah tertakluk kepada kesalahan lalulintar sahaja dan tidak termasuk bagi kes :

  • Kesi yang telah dibawa ke mahkamah yang berstatus (U & M) dan
  • Kes senaraihitam (blacklist) berstatus (W)

Cara Membuat Bayaran Kompaun


Anda boleh membuat bayaran dengan pelbagai cara dan keadah yang telah disediakan yang antaranya :

  1. Melalui semua kaunter bayaran DBKL
  2. Semua Kaunter Pos Malaysia seluruh Malaysia
  3. Secara atas talian melalui aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun melalui playstore atau Appstore
  4. Melalui portal MyEG di www.myeg.com.my


7/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post