Cuba Menu McDonalds Spicy McNuggets Dan Aiskrim Cheescake

Cuba Menu McDonalds Spicy McNuggets Dan Aiskrim Cheescake

McDonalds ada keluarkan menu baru iaitu Spicy McNuggets dan Aiskrim Cheesecake baru-baru ini. Jadi sebab dah viral, aku pergi la rasa sendiri kedua-dua menu ni di outlet McDonalds berhampiran. Sebenarnya McNuggets tu bukanla menu baru, cumanya iainya dibuat lebih pedas daripada Regular McNuggest. Aiskrim Cheesecake itu menu baru.

Kali ini McDonalds masih menggunakan menu sedia ada tetapi di 'upgrade' kepada rasa yang lebih variasi. Kalau McNuggets ada yang rasa biasa bukan pedas dan Aiskrim pula, ada Aisrkim Vanila atau Sunday Cone. Jadi kali ini bagi perisa lain pula.


Jadi sedap ke tidak menu baru McDonalds ni? Berbaloi tak kalau nak beli tau sesuai ke untuk repeat order selepas ini? Jom baca review sikit di bawah.

Review McDonalds Spicy McNuggets


Untuk permulaa, bagi McNuggets ini anda boleh dapatkan harga dengan 2 variasi iaitu secara value meal atau a la carte. Untuk Value Meal, korang boleh dapatkan 6 pc Spicy McNuggets, fries dan air bergas dengan harga RM10.20 manakala a la carte untuk 6 pc Spicy McNuggets sahaja adalah RM8.43. Sebenarnya ada variasi 4, 6 dan 9 pc McNuggets. Korang boleh cuba.

Cuba Menu McDonalds Spicy McNuggets Dan Aiskrim Cheescake

Texture bagi McNuggets ini lebih crunchi dan warnanya juga sedikit merah daripada regular McNuggests yang macam pucat sikit. Disebabkan aku ambil value meal, 6 pc McNugggets ni bagi aku sudah kenyang dengan add on Fries dan air pun. Tambahan lagi, dia sumbat 6 ketul dalam bekas kecil. Nampak macam banyak pula.

Rasa ranggup walaupun tidaklah terlalu panas dan bagi aku Spicy McNuggets ini PEDAS dari biasa. Nampaknya kalau McDonalds bagi tahu ianya pedas, ianya pedas. Sama seperti 3x Spicy Ayam Goreng sebelum ini. Korang akan rasa pedas selepas beberapa saat korang makan McNuggets ni. Rasanya macam tanpa sos cili pun dah ok. Tapi aku suka dengan sos cili lagi.

Baca Juga : Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Selain itu, korang akan juga dapat sos barbeque yang diberi secara percuma. Rasanya tidak kene campuran dengan McNuggets ni. Jadi aku tak suka sangat sos ni bila makan bersama McNuggets.

Cuba Menu McDonalds Spicy McNuggets Dan Aiskrim Cheescake

Untuk itu, bagi aku Spicy McNuggests daripada McDonalds ini sedap, pedas dan boleh repeat dengan harga yang berpatutanlah. 

Review McDonalds Cheesecake Aiskrim


Untuk menu baru seterusnya adalah Icecream Cheesecake. Anda boleh dapat aiskrim ini dengan pelbagai variasi juga iaitu cone atau sundae dan juga pelbagai tambahan perisa. Kalau Chocolate Cheesecake Sundae, RM4.25, Strawberry Cheesecake Sundae, RM4.25 juga dan Cheesecake Sundae Cone berharga RM2.95. Sebab nak rasa, aku beli Cheesecake Sundae Cone sahaja.


Untuk rasa dia, bagi aku macam rasa aiskrim jagung atau durian dan bukannya rasa cheese atau cheesecake. Aku tak pasti cheese apa yang mereka guna. Kalau dia tak tulis nama tu, mungkin aku tak tahu ianya Cheese. Tetapi rasanya sedap je. Boleh je kalau nak makan lagi. Harga pun berbaloi.

Jadi Cheesecake Aiskrim McDonalds ini sedap, lembut dan boleh repeat. Macam biasa lah kan. Jadi kalau siapa rasa nak sponser atau nak belanja aku makan aiskrim ni, boleh komen bawah. hahaha

Cuba Menu McDonalds Spicy McNuggets Dan Aiskrim Cheescake

Jadi bagi aku, menu baru daripada McDonalds bagi tahun 2020 ini iaitu Spicy McNuggests dan Aiskrim Cheesecake ini tidak mengecewakan. Korang boleh la rasa di mana-mana outlet McDonalds yang berhampiran. Ianya sudah dijual di seluruh Malaysia.

6/Post a Comment/Comments

  1. terliuq nya tengok sekerim tuuu haih... kenapalah mcd jauh ngatt

    ReplyDelete
  2. boleh la nak try nanti nugget tu sebab lama tak makan.. ada jugak tengok review kat twitter ramai yang kata aiskrim tu tak rasa cheesecake pun hahaha

    ReplyDelete
  3. sedapnya, akak tak try lagi lah dik.... kfc yang aritu pun tak dan try lagi... nugget kegemaran si aiyan kalau ke mcd tapi kalau pedas memang no no no lah untuk dia

    ReplyDelete
  4. Allahu. awat lah pi tengok time lunch hour ni. haha. dah la makanan takda sampai lagi. hahahhaa

    ReplyDelete
  5. Oww... McD ada menu aiskrim dgn nugget baru... kena cuba ni.. hehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post