Barang Online Kita Beli Daripada China, Kene CoronaVirus Tak? Ikuti Penjelasan Shopee

penjelasan shopee

Novel Corona Virus, 2019-nCoV masih lagi tidak reda sehingga hari ini. Bila bercakap mengenai kes jangkitan di China khsusnya di wilayah Wuhan dan Hubei semakin meningkat dari hari ke hari. Di Malaysia juga begitu sehinggakan sudah 2 rakyat Malaysia sendiri sudah dijangkiti virus tersebut.

Virus ini dikatakan berasal daripada Wuhan, China dan telah tersebar ke beberapa negara kerana pembawanya adalah manusia. Jadi virus ini berjangkit daripada manusia ke manusia menerusi titisan air (droplet) seperti air liur, bersin dan sebagainya.

Baca Juga : Kini Kecoh Dengan Serangan Corona Virus Daripada Wuhan, China

Jadi pastikan tangan anda sentiasa bersih daripada kuman apabila anda sentuh muka anda atau batuk atau bersin. Kurangkan sentuh barangan yang mungkin dijangkiti 2019-nCoV ini. Tapi bagaimana pula, kalau barang yang kita order daripada China dan pastinya barang itu disentuh oleh rakyat China yang bekerja di sana?


Adakah barang yang diimport ke Malaysia itu selamat? Sebagai contoh bila kita beli melalui shopping online platform seperti Shopee.

Selamat Ke Barangan Shopee Yang Datang Daripada China?


penjelasan shopee

Nak tahu selamat ke tidak barangan yang kita order daripada China? Ikuti penjelasan daripada pihak Shopee berkaitan CoronaVirus dan barangan yang di import daripada China melalui akaun Twitter rasmi @ShopeeMy

Daripada penjelasan yang dibuat, kebiasaanya barangan daripada China mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk dibungkus dan dihantar ke Malaysia. Jadi masa yang diambil agak lama dan virus ini tidak boleh hidup pada benda bukan hidup dan risikonya agak rendah.


Akan tetapi, pihak Shopee masih melakukan tindakan berjaga-jaga terutama di gudang pengumpulan
barangan seperti :

  • Gudang transit Shopee dibasmi kuman setiap hari
  • Suhu badang semua pekerja diperiksa setiap kali mereka ingin memasuki gudang ketika bekerja
  • Kesemua pekerja perlu memakai topeng muka dan membersihkan tangan daripada kuman sebelum mengendalikan bungkusan


Jadi sedikit sebanyak, kegusaran bagi pembeli online terutamanya terjawab dengan penjelasan Shopee ini. Jadi korang boleh teruskan berbelanja dan menghabiskan duit lagi. Jangan risau. Semuanya dalam keadaan selamat. hehe


sumber : Twitter Shopee


8/Post a Comment/Comments

  1. terima kasih atas info :) sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. harap2 terjaga kebersihan dan keselamatan

    ReplyDelete
  3. risau jga kalau virus sampai melalui barang. hehe tapi apa pun tetap kena jaga kesihata .

    ReplyDelete
  4. lama dah tak shopping di shopee. rasanya last masa 11.11 dulu

    ReplyDelete
  5. nasibla akak ni jarang membeli barang di shopee atau lazada dik oi... kalau ada pun beli sobella dekat kwn akak dek johor tu hhehhehhe

    ReplyDelete
  6. Brg kt dlm dia pon smlt gk ke? Conthnyr klo brg tu baju

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post