Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla

Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla

Inilah antara menu baru yang dibawa oleh pihak KFC iaitu KFC Zinger Cheezilla. Kita sedia maklum, produk Zinger Burger daripada KFC jarang mengecawakan termasuk yang di perkenalkan kepada umum untuk beberapa hari yang lepas.

Baca Juga : Sedap Juga Weh KFC Spicy Chick N Go

KFC telah memperkenalkan Zinger Burger (Behold The Zingers) dengan 2 jenis hidangan iaitu Zinger Cheezilla dan juga Zinger Stacker. Keduanya burger Zinger tetapi berbeza dengan penyediaan cheese yang berlebihan dan biasa. Kedua jenis Zingers ini sudah berada di kesemua outlet KFC di seluruh Malaysia

Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla

Jadi aku sempat merasa Zinger Cheezilla sahaja pada minggu lepas dan review awal aku boleh bagi adalah tidak mengecewakan. Tidak rugi untuk rasa, tidak rugi untuk makan. Jadi jom tengok sini review berkaitan KFC Zinger Cheezilla ni.

Review KFC Zinger Cheezilla


Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla

KFC memperkenalkan 2 jenis Zinger Burger iaitu Zinger Cheezilla dan Zinger Stacker. Untuk harga keduanya adalah disediakan dalam set combo ataupun box meal. Untuk Zinger Cheezilla (set combo = RM17.90 dan Box Meal = RM20.90 dan Zinger Stacker (set combo = RM16.90 dan Box Meal = RM19.90).

Set combo disertakan dengan fries dan air pepsi manakala box meal disertakan ayam seketul, fries dan air pepsi.


Untuk saiz yang diberikan, secara jujur sangat besar. Buat pertama kali, apa yang dipaparkan di dalam iklan KFC, saiznya sama apa yang korang terima. Sehinggakan kepingan ayam yang aku terima terkeluar daripada burger tersebut. Nak makan sekali gus pun susah. Memang puas hati la.

Untuk hidangan Zinger Cheezilla, di letakkan kepingan roti, kepingan isi ayam tanpa tulang, salad, mozzarella cheese, kepingan cheese, dan sos cheese. Bayangkan ada 3 jenis cheese yang diletakkan dalam 1 burger. Bagi aku tak muak langsung walaupun pelbagai jenis dimasukkan.

Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla

Serius cakap, korang rasa ianya terlebih cukup, aku sudah kenyang sebelum Zinger Burger tu habis. Jadi aku kene sumbat juga untuk tidak membazir. Rasa tidak pedas disebabkan penuh cheese diletak. Jadi kalau korang nak rasa pedas, letak sahaja sos life yang disediakan oleh KFC. Jadi rasanya cukup baik dan sedap weh!

Untuk itu, dengan harga yang ditawarkan beserta saiz dan rasa yang disediakan daripada Zinger Cheezilla, aku rasa, aku nak repeat lagi. Harap pihak KFC tidak tamatkan hidangan ini dengan waktu yang singkat. Biarlah lama sikit ada kat KFC tu yaa. Korang kene rasa tau!

Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla

Jadi siapa yang dah rasa tu, korang rasa Zinger Cheezilla atau Zinger Stacker yang sedap? Aku tak pernah rasa lagi yang stacker tu. Sepertinya ada double kepingan ayam je. Siapa dah cuba, boleh review dan komen sikit di bawah. Terima kasih KFC.


KFC Sponser la aku untuk aku rasa Zinger Stacker pula. hehehe

2/Post a Comment/Comments

  1. Lepas ini boleh serbu KFC lah. hehe. Terima kasih bro

    ReplyDelete
  2. wahhhh sampai terkeluar dia punya ayam tu dik oi... memang macam kat gambar iklan
    ini yang buat akak berkobar-kobar nk makan nih... zinger memang feveret

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post