10 Mitos Kesihatan Berkaitan Pandemik COVID-19. Jangan Percaya!

Kalau tengok di media sosial, terlalu banyak berita tidak benar atau fake news berkaitan pandemik COVID. Jadi disini akan disertakan 10 mitos kesihatan berkaitan pandemik COVID-19.

10 Mitos Kesihatan Berkaitan Pandemik COVID-19. Jangan Percaya!

Tak tahu apa yang difikirkan oleh orang ramai sehingga sanggup sebarkan berita tidak benar ini lagi-lagi berkaitan dengan krisis yang besar ini. Ada yang sanggup sebarkan entah dari mana sumbernya demi attention daripada orang ramai.

Adakah mereka tidak tahu, sebenarnya jika anda sebarkan mitos kesihatan ini terutamanya akan memberikan kesan buruk kepada pembaca lain. Tiada kajian pun yang mengukuhkan justifikasi berkaitan 'fakta' yang anda sebarkan tersebut.


Jadi dari segi global, seorang doktor iaitu Dr. Faheem Yunous merupakan seorang Ketua Pegawai Kualiti dan Ketua Penyakit Berjangkit, University of Maryland UCH. Beliau juga aktif di twitter berkongsikan berkaitan dengan ilmu perubatan. Kali ini beliau kongsikan 10 mitos kesihatan yang tidak benar berkaitan dengan COVID-19.

10 Mitos Kesihatan Tidak Benar Berkaitan Pandemik COVID-19


Mitos #1. COVID-19 Akan Hilang Pada Musim Panas

Kenyataan ini SALAH. Jika dilihat pada kes-kes virus atau pandemik sebelum ini, ianya tidak mengikuti corak cuaca pun. Jika dilihat sekarang, ada negara musim sejuk dan ada negara sedang panas, tetapi kesemua negara ini telah mencatatkan kes berkaitan virus ini. Ianya tidak mengikut cuaca pun.

Baca Juga : 'Duduklah Diam-Diam Dirumah', Antara Luahan Perdana Menteri Kepada Rakyat Malaysia

Mitos #2. Pada Musim Panas, Virus Ini Akan Tersebar Lebih Cepat Disebabkan Gigitan Nyamuk

Kenyataan ini SALAH. Jangkitan ini disebarkan melalui droplet dari dalam diri seperti bersin, bukan melalui darah. Nyamuk tidak meningkatkan kadar penyebaran.

Mitos #3. Jika Dapat Menahan Nafas Selama Sepuluh Saat Tanpa Rasa Tidak Selesa, Anda Tidak Mempunyai COVID-19

Kenyataan ini SALAH. Kebanyakan pesakit muda positif COVI-19, mereka mampu menahan nafas mereka lebih daripada 10 saat. Manakala, ramai orang tua tanpa jangkitan virus ini pun tidak akan dapat melakukannya.

Mitos #4. Oleh Kerana Ujian COVID-19 Tidak Tersedia, Kita Harus Menderma Darah. Mereka akan mengujinya

Kenyataan ini SALAH. Tiada bank darah sedang menguji bagi kehadiran COVID-19.

Mitos #5. COVID-19 Hidup Di Kerongkong. Oleh itu, Minum Banyak Air Supaya Virus tersebut Ditolak Ke Dalam Perut Di Mana Asid Akan Membunuhnya.

Virus ini mungkin masuk melalui tekak tetapi kemudian ia akan menembusi sel-sel perumah iaitu manusia. Anda tidak boleh membasuhnya pun melalui minum air yang banyak pun. Kenyataan Ini Salah.


Mitos #6. Semua 'Pengasingan Sosial' Ini Adalah Tindakan Berlebihan

Kenyataan Ini Salah. Jika kita tidak melihat banyak jangkitan (harapnya) ia sebenarnya akan membuktikan bahawa 'pengasingan sosial' sebenarnya berjaya. Cara ini berkesan.

Mitos #7. Kemalangan Kereta Telah Membunuh 30,000 Orang Setiap Tahun. Apalah Nak Dibandingkan Dengan COVID-19?

Kemalangan kereta tidak menular atau tersebar seperti virus ini. Lagipun kematian mereka tidak berganda setiap hari berbeza dengan COVID-19 ini. Kita dapat lihat daripada data, setiap hari ada penambahan kes dan kematian dari hari ke hari.

Mitos #8. Hand Sanitizer Adalah Lebih Baik Daripada Basuh Guna Sabun Dan Air

Kenyataan Ini Salah. Sabun dan air sebenarnya membunuh dan mencuci virus dari kulit kita (ia tidak boleh menembus sel-sel kulit) serta ia juga membersihkan tangan kita. Hand Saniter hanya membunuh kuman dan virus tetapi tidak mencuci tangan pun. Kene juga basuh tangan. Basuh tangan dengan kerap!

Mitos #9. Antara Strategi Terbaik Untuk Mencegah COVID-19 Ialah Membersihkan Setiap Tombol Pintu Rumah Dengan Pembasmi Kuman.

Kenyataan Ini Kurang Tepat. Membasuh tangan / mengekalkan jarak 6 kaki atau 1 meter adalah amalan yang terbaik melalui Social Distancing. Kecuali anda merawat pesakit COVID di rumah, permukaan rumah anda tidak seharusnya menjadi risiko besar.

Mitos #10. Ini Semua Agenda Iluminati Je Ni

Ye ke? Isreal pun kene. Amerika pun kene. Sudah


Harap mitos kesihatan berkaitan pandemik COVID-19 memberikan penjelasan kepada anda supaya jangan sebarkan berita yang tidak benar atau fake news. Duduk rumah, tengok TV ke, layan facebook baik-baiklah. Jangan sebarkan berita yang belum ada data dan kesahihanyya lagi.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post