Lepasan SPM, Jangan Lupa Mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Lepasan SPM, Jangan Lupa Mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Sebagai alumni Yayasan Bank Rakyat, aku nak kongsikan yang kini anda boleh mula memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat bagi tahun 2020 khusus bagi lepasan SPM 2019. Anda berminat dan layak, jangan lupa mohon.

Yayasan Bank Rakyat, YBR menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang dikehendaki. YBR juga ada menyediakan 2 jenis bantuan pendidikan iaitu Biasiswa dan juga Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU). Setakat ini, hanya Biasiswa sahaja dibuka dan PPBU mungkin permohonan akan dibuka tidak lama lagi.


Bantuan pendidikan ini pastinya memberikan sedikit sebanyak keringanan kepada pelajar bagi mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa di universiti. Jika anda tidak layak pun, mungkin anda boleh sahaja mencuba dan jika ada rezeki mungkin juga anda terpilih.

Mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat


Lepasan SPM, Jangan Lupa Mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Bagi yang berminat, anda boleh mula buat permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat bermula 24 Februari hingga 31 Mac 2020 dan permohonan boleh dibuat hanya secara online sahaja dengan klik pautan dibawah :
Terlebih dahulu, anda perlu tick sebagai tanda setuju berkaitan permohonan ini (PDPA Form)

Lepasan SPM, Jangan Lupa Mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat


Syarat Permohonan


Antara syarat permohonan bagi Biasiswa Yayasan Bank Rakyat adalah seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Minimum 8A bagi lepasan SPM 2019 dan minimum CGPA 3.50 bagi lepasan matrikulasi / asasi / diploma.
  3. Berumur 18 tahun ke atas dan tamat pengajian sebelum berumur 30 tahun.
  4. Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.
  5. Mod pengajian adalah sepenuh masa.
  6. Terbuka kepada pelajar semester satu sahaja.
  7. Tempoh pengajian maksimum adalah 4 tahun.
  8. Bidang pengajian adalah diutamakan kepada bidang Perbankan dan Perniagaan.
  9. Jumlah tajaan merangkumi yuran pengajian dan sara diri.
  10. Antara program yang diutamakan :
    1. Artificial Intelligence
    2. Block Chain
    3. Data Analysis
    4. Banking
    5. Science & Engineering
  11. Tetapi program lain juga akan diterima

Kepada lepasan SPM dan yang telah pun menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada 5 Mac 2020 yang lepas. Anda sudah boleh mula memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat ini

3/Post a Comment/Comments

  1. great info.. boleh recommend kat adk2 ni..

    ReplyDelete
  2. info menarik ini bang untuk yang mahu melanjutkan study dengan scholarship. di blog saya juga bahas seputar study juga untuk artikel terbaru

    ReplyDelete
  3. abe kie ada saham bank rakyat. harap diterima biarpun kerja cikgu. M40.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post