Nak Cuba Kopi Viral Juga. Ikuti Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee

Sekarang kalau buka media sosial sahaja, orang duk kongsi Kopi Viral. Jangan risau, kalau anda nak buat, sini saya kongsikan resepi Dalgona Coffee yang saya dah buat.

Nak Cuba Kopi Viral Juga. Ikuti Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee

Katanya kopi viral ini terkenal di luar negara dan kini sudah sampai di Malaysia. Rata-rata kalau tengok di facebook, twitter atau tiktok sekali pun, ramai yang kongsikan bagaimana mereka buat Dalgona Coffee beserta gambar yang menyedapkan.

Ternyata kopi ini dari segi resepi, ianya mudah sahaja. Ini kerana yang diperlukan adalah 5 bahan sahaja iaitu air, serbuk kopi, susu, gula dan ais batu. Tetapi mungkin sedikit leceh, sebab perlukan untuk jadikan kopi ke dalam bentuk foam kalau kacau dengan sudu. Nak cepat, kene kacau guna whisk (pemukul telur) atau blander la.


Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee 

Kopi ini sebenarnya boleh je gunakan apa-apa serbuk yang anda minat. Ini kerana ada mereka yang tidak minum kopi. Jadi anda bebas untuk gunakan milo, kopi, nescafe atau sebagainya ikut citarasa anda. Yang penting cara yang digunakan sama sahaja.

Sukatan hidangan ini untuk 1 cawan sahaja. alert-info

Bahan-Bahan

  • 2 sudu air sejuk
  • 2 sudu serbuk nescafe / kopi / milo dan sebagainya
  • 2 sudu gula
  • Susu full cream
  • Ais batu

Cara-Cara

1. Untuk permulaan, campurkan kesemua bahan (serbuk nescafe, air sejuk dan gula) dalam sebuah bekas.

Nak Cuba Kopi Viral Juga. Ikuti Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee

2. Kemudian kacau menggunakan sudu untuk kacau sehingga likat. Saya menggunakan whisk dan ianya lebih cepat dan mudah. Anggaran untuk kacau lebih kurang 10 minit.

3. Masukkan susu 3/4 sukatan ke dalam cawan bersama-sama dengan ais batu.

Nak Cuba Kopi Viral Juga. Ikuti Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee

4. Akhir sekali, letakkan campuran kopi tersebut di dalam cawan. Sudah siap dihidangkan. SIAP!





2/Post a Comment/Comments

Post a comment

Recommended