10 Perfume Popular Pilihan Lelaki Yang Anda Boleh Cuba

Lelaki juga perlukan perfume atau minyak wangi untuk tampil bergaya dan segar setiap kali berurusan dalam interaksi sosial. Jadi ikuti senarai perfume popular pilihan lelaki yang anda boleh cuba.

10 Perfume Popular Pilihan Lelaki Yang Anda Boleh Cuba

Minyak wangi juga tidak boleh dipisahkan bersama lelaki sama seperti perempuan. Dengan pilihan semburan yang sesuai dengan individu tersebut, pastinya akan menjadi pelengkap gaya dan bauan yang boleh menyerlahkan lagi gaya kehidupana anda.

Jadi jika anda tidak tahu untuk pilih perfume atau minyak wangi mana yang terbaik, jangan risau, disini akan disenaraikan beberapa pilihan untuk anda. Ikuti 10 jenis perfume popular pilihan lelaki yang anda boleh beli dan cuba.


10 Perfume Popular Pilihan Lelaki

Kerana ianya penggunaan untuk lelaki, jadi perempuan bolehlah pilih dan belikan untuk pasangan anda untuk hadiah. Mungkin hadiah ulang tahun perkahwinan, hari jadi, hari raya atau pelbagai lagi. Disediakan juga pautan untuk anda dapatkan minyak wangi ini bagi setiap pilihan.

Baca Juga Earphone Wireless Alternatif Kepada 'Airpods' Yang Menggunakan Jenis In-Ear

  #1.  Paco Rabanne 1 Million Prive

Paco Rabanne 1 Million Prive

Perfume antara yang terlaris dengan campuran bau daripada kulit kayu manis, limau dan juga mint citrus. Perfume ini nampak eksklusif dengan bekas atau botol besi bersalut emas yang pastinya nampak lebih premium. Bauannya cukup maskulin seperti bau tembakau (spicy dan tobacco) untuk menaikkan dan menampakkan lelaki tersebut lebih energetik, bergaya dan macho.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

  #2.  La Nuit De L'Homme Yves Saint Laurent

La Nuit De L'Homme Yves Saint Laurent

Pilihan perfume lain yang anda boleh dapatkan dan juga menjadi pilihan lelaki dengan menggabungkan bauan cardomam, bergamot segar, lavender dan cedar. Setiap sembutan menawarkan impak maskulin yang tidak terlalu menusuk hidung. Anda juga akan kelihatan klasik dan bergaya kerana minyak wangi ini menjadi kegemaran wanita.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

  #3.  Ralph Lauren Polo Red

Ralph Lauren Polo Red

Perfume ini sesuai digunakan pada waktu malam atau ketika keadaan sejuk atau musim sejuk. Minyak wangi ini mampu menyerlahkan gaya maskulin lelaki. Ia menampilkan bauan pedas berkayu yang manis. Selain itu, ia menggabungkan campuran red grapefruit, cranberry, lemon, red sage, lavender, red wood dan coffee beans. Boleh cuba cuba dapatkan perfume ini.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button


  #4.  Versace Pour Homme

Versace Pour Homme

Jika anda minat pada bauan yang segar, bersih dan manis, anda boleh dapatkan perfume ini yang merupakan antara pilihan kegemaran lelaki. Minyak wangi ini dihasilkan dengan formulasi dengan gabungan bauan daripada lemon, neroli, clary sage, cedar, musk, amber dan banyak lagi. Wangian berunsurkan Mediterranean ini sesuai dipakai untuk semua acara dan suasana

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

  #5.  Bleu De Chanel

Bleu De Chanel

Jenama terkenal Chanel pastinya menjadi pilihan lelaki. Ini kerana ianya mempunyai aroma kayu yang unik tetapi masih lembut sesuai untuk lelaki yang inginkan kelainan. Ia mengandungi 12 ramuan antaranya ialah mint, jasmine, grapefruit dan cedar. Bauan minyak wangi ini akan bertukar menjadi bau yang menyegarkan selepas seketika anda menyeburkan. Sesuai digunakan untuk acara malam.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

  #6.  Alfred Dunhill Desire Red Extreme

Alfred Dunhill Desire Red Extreme

Dunhill juga antara jenama terkenal yang lelaki boleh dapatkan. Ianya mempunyai aroma epal, citrus, vanila, bergamat dan saffran yang menyegarkan dan ada kelasnya tersendiri. Pastinya memberikan personaliti unik buat si pemakai. Ia cukup popular kerana bauannya sangat maskulin. Jika anda pakai, pastinya dapat menambahkan keyakinan diri dengan haruman yang memukau.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button


  #7.  Aqua Di Gio Giorgio Armani

Aqua Di Gio Giorgio Armani

Minyak wangi ini mempunyai bauan akuatik, kayu-kayuan dan aromatik. Ia menggabungkan bauan rempah ratus dan citrus yang disertakan dengan bauan halus geranium, sage, rosemary dan patchouli. Semburan yang menyegarkan ini mampu menampilkan gaya maskulin buat lelaki.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

  #8.  Bvlgari AQVA Pour Homme

Bvlgari AQVA Pour Homme

Perfume ini diinspirasikan dari lautan Atlantik, minyak wanti ini menawarkan yang segar dan energetik. Ianya antara pilihan lelaki masa kini. Dengan campuran bergamot, lemon dan vital water yang memberikan impak bersahaja dan kasual. Sesuai untuk anda yang inginkan gaya yang santai dan cool.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

  #9.  Salvatore Ferragamo F Black

Salvatore Ferragamo F Black

Semburan yang diinspirasikan oleh Olivier Polge ini menampilkan lima bauan elegan dan maskulin sesuai untuk lelaki moden. Ia hadir dengan bauan campuran lavender, lada hitam, biji ketumbar, labdanum dan tonka yang memberi kesan macho tapi manis. Ianya sesuai digunakan ketika dating untuk kali pertama. Selain itu, anda boleh tampak matang, profesional dan bergaya.

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

  #10.  Spicebomb Cologne By Viktor & Rolf

Spicebomb Cologne By Viktor & Rolf

Sebuah lagi perfume yang hadir dengan botol yang cantik seakan grenade dipanggil spice boom. Minyak wangi yang diinspirasikan Viktor & Rolf's 'Spice Bomb'. Ianya merupakan campuran woody tones with trails of explosive spice yang memberikan bauan yang mengasyikkan. 

Info lanjut di Shopee : SHOPEE/Icon/button

3/Post a Comment/Comments

  1. Semua yang harga dia mampu tengok je heheheh

    ReplyDelete
  2. Perfume memang kegemaran saya. Saya pernah guna Mont Blanc, Hugo Boss dan Aqua Di Gio. Share dengan papa, hehehe

    ReplyDelete
  3. fevret saya hugo boss ngan escada (tak jumpe lagi dah skrg). tp yg ade kat umah skrg bvlgari aqva jer

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post