Anda Boleh Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan, Perpustakaan Negara telah memberi akses percuma lebih 1 juta buah buku digital termasuklah buku Mastika.

 Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Bagi memutuskan rantaian jangkitan pandemik COVID-19, rakyat Malaysia diarahakn semua berada di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi semua orang tidak dibenarkan berada di luar rumah tanpa urusan yang penting. Jadi segala aktiviti dibuat di dalam rumah sahaja.

PKP ini berlansung hampir sebulan iaitu 18 Mac hingga 14 April 2020. Jadi selama sebulan ini, anda berada di rumah, apakah aktiviti yang anda buat jika anda tidak #WorkFromHome? Sebenarnya banyak sahaja aktiviti yang anda boleh buat seperti menonton TV, memasak, riadah di dalam rumah atau pun membaca.

Jadi dengan saranan aktiviti membaca ini lah, Perpustakaan Negara telah memberi akses percuma buku digital atau eBook dengan lebih 1 juta buah buku sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April 2020.


Salah satu jenis bacaan santai yang anda boleh baca menerusi akses ini adalah buku Mastika. Ya, anda boleh baca buku Mastika bermula tahun 2013 sehingga keluaran terakhir menerusi pautan Perpustakaan Negara ini.

Baca Buku Mastika Secara Percuma. Akses Diberi Daripada Perpustakaan Negara

Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma
Antara kolek mastika yang disediakan dalam ookbee buffet

Mungkin dikala terperap di rumah ini, anda perlukan pembacaan santai. Jadi Mastika ini mungkin sesuai untuk anda. Sebenarnya akses yang diberi bukan sekadar Mastika. Ada banyak lagi, ada novel, magazine, surat khabar, komik dan banyak lagi.

Jadi untuk dapatkan akses ini, anda perlu masuk ke pengkalan Ookbee Buffet: Baca Tanpa had. Pangkala ini menyediakan bahan bacaan Bahasa Melayu dan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya
Jadi untuk dapatkan akses ini, anda boleh ikuti tatacara di bawah dengan beberapa langkah penting.

Langkah 1 : Daftar Akaun U-Pustaka

  1.  Daftar di laman web www.u-library.gov.my kemudian klik bahagian Register

Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma

  2.  Pilih MyKad/MyKid dan tekan Register Now 

Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma

  3.  Masukkan butiran no kad pengenalan bersama-sama nama penuh bagi tujuan verifikasi

  4.  Kemudian penuhkan butiran emel, nombor telefon yang penting dan beberapa butiran lain

Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma

  5.  Akhir sekali cipta User ID bersama password dan jika sudah siap, klik Register

Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma

Setelah siap semua, langkah akhir adalah klik link yang dihantar di emel anda bagi tujuan verifikasi akaun. Jika sudah siap. Anda sudah boleh dapatkan akses-akses pengkalan yang disediakan di website Perpustakaan Negara, U-Pustaka

Congratulation, your account had been activated!

Langkah 2 : Aktfikan Akaun Ookbee Buffet

Langkah seterusnya adalah aktifkan emel anda dan cipta akaun bagi menggunakan pengkalan ookbee buffet.

  1.  Kembali ke pautan U-Pustaka dan log in akaun menggunakan User ID dan password yang telah didaftarkan tadi.

  2.  Kemudian pergi ke bahagian Pautan Pintas dan klik Pangkalan Data

  3.  Anda perlu scroll ke bawah dan cari Ookbee Buffet: Baca Tanpa had dan klik logo tersebut

  4.  Sebuah pautan baru muncul dan klik Mohon Disini

  5.  Masukkan emel yang sama yang anda daftar pada U-Pustaka sebentar tadi dan klik Aktifkan

  6.  Daftar akaun ookbee dengan masukan butiran seperti alamat emel sekali lagi dan password dan klik Register

  7.  Jika sudah selesai, anda perlu tunggu pengesahan pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang anda daftar tersebut. Jika sudah sampai, anda perlu Klik Sini bagi tujuan verifikasi dan SELESAI!


Langkah 3 : Dapatkan Akses Percuma Ookbee Buffet

Untuk membaca buku digital, anda boleh gunakan telefon, tablet atau pun menggunakan laptop dan komputer.

Untuk telefon dan laptop, anda perlu download aplikasi serta software Ookbee Buffet: Baca Tanpa Had dibawah


  1.  Install aplikasi tersebu dan sign in menggunakan alamat emel dan password yang sama di daftarkan di U-Pustaka

  2.  Anda perlu tunggu beberapa saat sebelum akaun premium anda berjaya didaftarkan. 

  3.  Jika sudah selesai. Kini anda boleh baca semua kandungan di dalam ini secara percuma sehingga 14 April 2020 termasuk buku Mastika.

Akses Dan Baca Mastika Secara Percuma

3/Post a Comment/Comments

  1. Menarik nya. Memang rindu sangat kat mastika

    ReplyDelete
  2. Dulu baca buku bercetak.. Skrg dah menjadi trend baca buku elektronik plak.

    ReplyDelete
  3. Menarik,tapi lebih suka baca yg bercetak...heheh..kalau tenung lama2 kat fon bole silau teruk

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post