Antara Filem Tempatan Yang Terpaksa Ditunda Tayangan Disebabkan Krisis COVID-19

Banyak industri terkesan dengan krisis COVID-19 ini termasuklah industri perfileman. Antaranya adalah, banyak filem tempatan yang terpaksa ditunda tayangan ke tarikh yang lain.


Bagi mengekang penyebaran pandemik COVID-19 ini, Malaysia telah mengambil inisiatif atas nasihat daripada WHO untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di Malaysia, Kerajaan telah memutuskan PKP diadakan selama 6 minggu iaitu bermula 18 Mac yang lalu hingga 28 April 2020 ini.

Selama ini, banyak sektor dan industri tidak dibenarkan beroperasi termasuklah industri perfileman. Seluruh pawagam di seluruh Malaysia tidak dibenarkan dibuka dan beroperasi kerana bukan dalam kategori essential service.

Disebabkan itulah, kesemua tayangan yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada Mac, April, Mei dan mungkin lebih lama lagi terpaksa ditunda ke tarikh yang lain. Jika sebelum ini terdapat banyak filem antarabangsa yang terpaksa ditunda tarikh, itu juga termasuk filem tempatan juga.


Jadi ikuti 5 filem tempatan yang terpaksa ditunda tarikh tayangan disebabkan penularan pandemik COVID-19 berlaku di Malaysia.

5 Filem Tempatan Yang Terpaksa Ditunda Tarikh Tayangan


  #1.  Escape

Escape

Filem Escape ini dilaporkan antara filem tempatan yang terawal menunda tarikh tayangan yang sepatutnya ditayangkan pada 26 Mac 2020 yang lalu. Filem aksi ini diarahkan oleh  Ikhwansha Hazer serta dibarisi pelakon terkenal seperti Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asraf dan ramai lagi. Sehingga kini, masih tiada lagi tarikh baru diumumkan bagi tayangan filem Escape ini.

Tarikh Asal : 26 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

  #2.  Roh

Roh

Filem Roh ini sepatutnya ditayangkan pada 19 Mac 2020 yang lepas. Tetapi perintah Pergerakan Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 pastinya ianya tidak boleh ditayangkan kerana panggun wayang tidak dibenarkan beroperasi. Filem arahan Emir Ezwan ini merupakan filem seram yang dibarisi pelakon seperti Farah Ahmad, Namron, June Lojong dan ramai lagi.

Tarikh Asal : 19 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan
  

  #3.  Town Mall

Town Mall

Sebuah lagi filem seram yang terpaksa ditunda berikutan panggung wayang tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Filem Town Mall yang sepatutnya ditayangkan pada 26 Mac 2020 terpaksa melupakan hasrat mereka tersebut. Filem ini diarahkan oleh Dato' Sri Eizlan Yusof dan beliau juga turut berlakon didalam filem ini bersama-sama pelakon lain seperti  Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Tarikh Asal : 26 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan


  #4.  Takut Ke Tak

Takut Ke Tak

Filem tempatan melayu seterusnya adalah filem Takut Ke Tak. Filem seram komidi Takut Ke Tak arahan Muzzamer Rahman sepatutnya ditayangkan pada 2 April 2020 yang lepas. Ternyata tempoh PKP dilanjutkan ke fasa 2 dan fasa 3 dan tayangan filem tersebut terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang lain. Antara pelakon yang terlibat seperti Nabil Aqil, Fabian Loo, Ika Nabella, Arwind Kumar dan Han Zalini.

Tarikh Asal : 2 April 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

  #5.  Kenderaan Berat Ikut Kiri

Kenderaan Berat Ikut Kiri

Akhirnya ada filem lain selain genre seram iaitu filem Kenderaan Berat Ikut Kiri. Filem ini bergenre romantik komedi yang diarahkan oleh Jefry Talib turut terpaksa akur dengan menunda tarikh tayangan yang sepatutnya ditontonkan dipawagam pada 26 Mac 2020. Filem ini dibarisi pelakon seperti Syafie Naswip, Sweet Qismina, Ropie, Sathiya dan ramai lagi. 

Tarikh Asal : 26 Mac 2020
Tarikh Baru : Belum diumumkan

  #6.  Bulan & Pria Terhebat (Terpaksa Berhenti Tayangan)

Bulan & Pria Terhebat

Filem aksi Bulan & Pria Terhebat ini telah ditayangkan selama 6 hari bermula 12 Mac 2020 lepas. Selepas diumumkan arahan PKP, tayangan terpaksa berhenti tayangan bagi seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem aksi ini dibarisis pelakon terkenal seperti Zahirah MacWilson, Zizan Razak, Maya Karin, Bell Ngasri, Khir Rahman serta diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Bila nak disambung? Tidak diumumkan lagi.

Tarikh Asal : 12 Maci 2020 (diberhentikan selepas 6 hari ditayangkan)
Tarikh Baru : Belum diumumkan


sumber : cinema.com.my

6/Post a Comment/Comments

  1. Town mall tu rasanya macam tajuk novel yg akak pernah baca. Menarik ceritanya kalau smaa macam novel tu.

    ReplyDelete
  2. x apalah. kita tgok je la mana2 citer yg ada dlm android box tu. lps PKP ni barulah kita berduyun2 ke cinema.
    Jom join segmen di blog abam kie. TQ.

    ReplyDelete
  3. Menarik semuanya.
    Takpe. Settle kan covid ni dulu. Tangguhkan. Jgn batalkan.
    Pasti ramai yg nak release stress dgn tonton wayang nanti :-)

    ReplyDelete
  4. banyak juga filem yg best, Escape tu nampak menarik :)

    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  5. tak minat filem2 tempatan... hahaha

    ReplyDelete
  6. nombor 2 dengan 6 dah tonton
    hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post