Zaman teknologi sekarang, banyak perkara yang dahulunya sukar tetapi kini menjadi lebih mudah dan membuatkan kerja lebih cepat. Antaranya adalah semak baki akaun bank tidak kira mana-mana bank yang ada di Malaysia termasuklah Bank Simpanan Nasional (BSN).
Jika dahulu, kita ingin tahu baki akaun, kita perlu keluar rumah dan memandu pergi ke bank. Kini tidak lagi. Anda boleh dapatkan akses tersebut secara percuma, boleh buat dirumah dan yang pastinya terus mendapat jawapan.
Ikuti disini cara semak baki akaun BSN melalui online dan SMS dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter bank dan mesin ATM.
Semak Baki Akaun Melalui Online
Cara ini anda boleh guna komputer ataupun terus melalui telefon bimbit sahaja. Yang penting, pastikan ada sambungan internet.Ikuti langkah-langkah berikut di bawah:
Langkah 1 : Daftar Terlebih Dahulu Akaun myBSN (Bagi Yang Tiada Akaun myBSN Lagi)
- Anda perlu layari laman web www.mybsn.com.my/mybsn/login dan klik pada Register
- Langkah seterusnya baca terma dan syarat, tandakan accept dan klik Next
- Masukkan maklumat seperti bulan tamat, CVV2 dan nombor Kad Debit / Kredit
- Masukkan nombor IC atau nombor passport anda dan jika sudah siap klik Next
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan dan klik meminta OTP
- Kunci OTP yang diterima dan pilih imej keselamatan.
- Klik Log masuk Pertama untuk memasukkan butiran kemas kini peribadi
Jadi anda sudah boleh semak baki akaun BSN melalui online
- Pergi ke laman web https://www.mybsn.com.my/mybsn/login
- Selepas itu, log in akaun anda dengan masukkan usernama dan password yang telah di daftar sebentar tadi
- Pilih menu maklumat akaun, kemudian pilih menu maklumat baki.
- Baki akaun anda akan muncul di skrin telefon bimbit anda
Semak Baki Akaun Melalui SMS
Anda juga boleh gunakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu menggunakan internet pun.
Langkah 1 : Daftar Nombor Telefon Dahulu
ATAU
Daftar Melalui Mesin ATM Sahaja (sekali sahaja) dengan cara :
- Pergi ke mesin ATM BSN
- Pilih menu Urusan Lain
- Tekan butang perbankan SMS dan pendaftaran
- Masukan 4 digit no UAC yang akan diterima.
- Selanjutnya masukan 4 digit M-PIN + 2 digit UAC
Langkah 2 : Aktifkan Perbankan SMS
Taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>4 digit UAC XX dan hantar ke 36898
Langkah 3 : Cara Semak Baki Melalui BSN
Kemudian akan dipaparkan jumlah baki yang ada di dalam akau bank BSN anda.
Selain daripada semak baki, sebenarnya terdapat banyak lagi yang anda boleh buat melalui perbankan SMS ini dengan menggunakan cara yang ditunjukkan di bawah ini.
Transaksi | Kod Transaksi SMS |
---|---|
Pembelian Top-up | TOPUP<Jarak>M-PIN<jarak> kod.topup<jarak> (no. penerima) |
Senarai Kod Top-Up | LIST<jarak>TOPUP<jarak>NILAI |
Pertanyaan Baki | BAL<jarak>M-PIN |
Pembayaran Bil | BILL<jarak>M-PIN<jarak>kod.bil <jarak>no.akaun.bil <jarak>amaun |
Bayaran Kad Kredit BSN | Card<jarak>M-PIN<jarak>no.kad kredit<jarak>amaun |
Kod Top-Up Bil | LIST<jarak>BIL |
Pemindahan Dana | TRF<jarak>M-PIN<jarak>akaun penerima<jarak>amaun |
Pembelian Pin | PIN<jarak>M-PIN<jarak> kod.kursus<jarak>no.KP calon |
Kod Senarai Kursus | LIST<jarak>PIN |
Pembelian SSP | SSP<jarak>M-PIN<jarak> amaun |
Tukar Bahasa | CHG<jarak>LANG<jarak>M-PIN <jarak>bahasa.pilihan |
Sekarang semua dah senang dan mudah. Klau bank islam susah sikit. ^^
ReplyDeletebagus juga aiman share benda ni, boleh jadi rujukan untuk orang2 yang memerlukannya..
ReplyDeleteKenapa saya tak boleh register online ye? Masa dia suruh fill in OTP tu, kita kena masukkan registered phone number dulu. Macam mana nak dapat OTP kalau tak register phone number. Masalah sekarang, nak register online, takde pun space untuk registered phone number. Ke nak kena register phone number kat ATM machine dulu ye?
ReplyDeleteya betul. kene register no tel dahulu sama ada di bank atau mesin ATM. ianya sebenarnya terpakai untuk semua bank dan semua cara termasuk online. Maaf, saya update dalam post.
DeleteKalau acc anak mcm mna nak check ya? Malas nak pergi bank time2 covid ni..
ReplyDeletePost a Comment