Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2020/1441H

Kini anda boleh semak kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2020M/1441H. Kadar bayaran pastinya berbeza mengikut negeri.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2020/1441H

YB Senator memberitahu Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tahun ini selarasa dengan ajaran agama Islam, semua umat Islam wajib membayar Zakat Fitrah sama seperti tahun-tahun sebelum ini walaupun negara sedang dilanda musibah COVID-19 selama tempoh PKP ini. Ini kerana Zakat Fitrah adalah kewajipan bagi setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Tahun ni, setiap kutipan zakat akan cuba mengoptimumkan kaedah pembayaran secara atas talian (online). Ini kerana bagi mengelakkan kontak antara satu sama lain dan juga penjarakkan sosial. Ini selari dengan kaedah pencegahan COVID-19 daripada menular.


Oleh itu, setiap negeri mempunyai kaedah bayaran secara online yang anda boleh lakukan terus di rumah sahaja. Walau bagaimanapun, pembayaran kepada amil masih dijalankan tetapi dengan beberapa SOP yang ditetapkan. Tapi lebih elok, bayar online je la keh. Anda boleh lihat website rasmi bagi setiap Majlis Agama Islam Negeri bagi ketahui cara pembayaran secara online.

Jadi disini, akan disertakan kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2020M/1441H yang akan bermula 1 Ramadan ini.

Zakat Fitrah Di Pahang

muip pahang zakat fitrah

Untuk di Pahang, kadar zakat fitrah adalah RM7 dan anda boleh membuat pembayaran secara online di ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2020


Negeri Kadar Bayaran
Johor RM7 / RM10
Kedah RM5 / RM7 / RM14 / RM21
Kelantan RM7 (namun galakkan kadar RM14 dan RM21)
Melaka RM7 / RM14
Negeri Sembilan RM7
Pahang RM7
Perak RM7 / RM14 / RM21
Perlis RM7
Pulau Pinang RM7 / RM16
Selangor RM7 / RM14 / RM21
Terengganu RM7
Sabah RM6 / RM7.50
Sarawak RM7
Wilayah Persekutuan
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
RM5 / RM7

Untuk ketahui kaedah bayaran, anda boleh semak di pautan ini hellokerja

2/Post a Comment/Comments

  1. Terima kasih infor Zakat ya, Zakat ni wajib bagi orang Islam yang ada kemampuan

    ReplyDelete
  2. betul, standard untuk johor RM7 & RM10, sejak2 jadi bangsa Johor ni, kena la amik tau..hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post