Manchester United Menjadi Kelab Pertama EPL Sumbang Dana Melalui Pemotongan Gaji

Kelab gergasi Eropah, Manchester United menjadi kelab pertama EPL yang menyumbangkan dana melalui pemotongan gaji pemain bagi memerangi pandemik COVID-19.

Manchester United Menjadi Kelab Pertama EPL Sumbang Dana Melalui Pemotongan Gaji

Begitulah mulianya hati pemain-pemain Manchester United ini. Mereka telah sepakat bagi membuat pemotongan gaji sebanyak 30% dan daripadanya disumbangkan kepada National Health Service (NHS) dan jika di Malaysia ia seakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi laporan, para pemain Manchester United sebulat suara bersetuju dengan diketuai oleh Kapten pasukan, harry Maguire yang telah memberi cadangan kepada pihak pengurusan kelab agar gaji mereka di potong sebanyak 30% dan di dermakan kepada pihak NHS.

Sehingga artikel ini ditulis, di United Kingdom telah mencatatkan 38168 kes positif COVID-19 dengan 3605 menyebabkan kematian.

Potong Gaji Pemain Manchester United Dan Sumbangkan Kepada NHS

Harry Maguire yang menerima gaji £190,000 (RM1.1 juta) seminggu pastinya tidaklah terkesan dengan pemotongan 30% tersebut termasuklah juga penerima gaji tertinggi pasukan David De Gea dengan gaji mingguan £375,000 (RM1.99 juta).

Manchester United Menjadi Kelab Pertama EPL Sumbang Dana Melalui Pemotongan Gaji

Setiap pemain akan memotong 30 peratus gaji mereka sekali gus NHS akan mendapat dana £8 juta (RM42.4 juta) yang diperlukan.


Red Devils yang kini berada di tangga ke-5 liga berharap tindakan murni yang telah diputuskan oleh mereka akan menjadi contoh dan ikutan bagi kelab-kelab lain yang katanya kelab terkaya di dunia. Jika Maguire boleh, pastinya Salah, Azpilicueta, Aubameyang, Aguero juga mampu menunjukkan sifat seorang ketua di dalam sebuah pasukan

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post