Berita Baik Sudah Tiba, Kini Pixel Buds 2020 Telah Dijual Secara Rasmi. Tapi.....

Inilah antara berita yang ditunggu-tunggu sejak tahun akhir 2019 lagi iaitu ketibaan Pixel Buds 2020 dan bila ianya dijual.

Pixel Buds 2020 Telah Dijual Secara Rasmi

Berita ni sebenarnya tak ramai pun tunggu, tapi aku salah seorang seorang yang menunggu bila agaknya Pixel Buds ini akan dijual. Jadi kini, pihak Google telah secara rasmi menjual earbuds tersebut menerusi Google Store.


Tapi ada yang berita sedikit mendukacitakan adalah Google Pixel Buds 2020 ini hanya dijual di Amerika Syarikat sahaja setakat ini dan aku rasa ianya takkan masuk ke pasaran tempatan secara rasmi sama seperti Google Pixel dan barangan Google yang lain kecuali Chromecast sahaja.

Pixel Buds 2020 Telah Dijual Secara Rasmi

Setelah dipertontonkan buat pertama kali pada Oktober 2019 yang lepas pada event Google I/O, penghujung April baru dijual kepada umum. Dekat 6 bulan nak tunggu Pixel Buds ni dijual selepas bersepah-sepah earbuds TWS lain diperkenalkan sepanjang tempoh tersebut.

Google Pixel Buds

Setakat ini, pihak Google telah membuka tempahan pre-order di Google Store AS dan jika anda ada cara untuk membeli daripada sana, anda boleh klik pautan ini dengan harga $179 (~RM778). Setakat ini, hanya warna clearly white sahaja dijual. Manakala warna lain (Almost Black, Quite Mint, Oh So Orange) masih belum diumumkan lagi.

Pixel Buds 2020 Telah Dijual Secara Rasmi

Pixel Buds terbaru ini merupakan fon telingan yang diupgrade daripada Pixel Buds 2018 sebelum ini. Jika sebelum ini menggunakan wire, tetapi kini ianya adalah True Wireless Stereo (TWS). Seperti yang diberitahu Google, Pixel Buds mampu bertahan dengan kapasiti bateri selama 5 jam dengan secara total 24 jam apabila dicaj menggunakan pod pengecasan. Sambungan yang digunakan juga menggunakan kable Type-C dan ciri Wireless Charging.


Selain itu, ianya mempunyai ketahana IPX4 iaitu ketahana debu dan percikan air. Jadi bolehlah bawa untuk bersenam. Katanya Pixel Buds ini mampu untuk translate bahasa in real-time. Orang cakap, Google translate, anda dengar. Selain itu, terdapat juga ciri adaptive sound, di mana kekuatan bunyi akan mengikuti persekitaran secara automatik. Inilah antara kelebihan yang ada pada Pixel Buds 2020.


Dengan reka bentuk yang buds yang seakan gula-gula mentos dan juga pod pengecasan seakan telur. Pastinya menarik ramai peminat fon telingan diluar sana. Selain itu, pengguna Pixel Phone juga pasti teruja dengan perkenalan produk Google ini, termasuk aku. Jika Apple ada Airpods, Google ada Pixel Buds.

Baca Juga

Setakat ini, jika anda pengguna Malaysia yang ingin betul-betul dapatkan Pixel Buds ini, anda boleh buat pra-tempah di Techbug.my dengan harga RM999.

Berpikir juga nak beli dengan harga tu. Dengan harga yang sama, anda boleh dapat fon teling yang lebih berkuasa seperti Sony WF-1000MX3 atau Jabra Elite 75t kot. Tapi aku nak Pixel Buds. Pixel user kot, Cantik kot. alert-info


sumber gambar : TheVerge

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post