Siaran Baharu Daripada Astro. Tonton Konsert Terulung Terus Dari TV Anda

Astro berbesar hati mengumumkan siaran baharu sempena PKP ini. Siaran ini akan mengfokuskan acara Konsert terulung yang pernah berlangsung sebelum-sebelum ini.

Tonton Konsert Terulung Terus Dari TV Astro Anda

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Astro telah mengeluarkan inisiatif bagi menggalakkan orang ramai duduk di rumah iaitu memberi beberapa siaran percuma sehingga 28 April 2020 ini. Jadi dengan ini, anda boleh menonton selama berada di rumah.

Astro telah memberikan akses komplimentari secara percuma bagi siaran filem, berita dan pembelajaran kanak-kanak. Ianya telah ditawarkan sejak 18 Mac yang lepas lagi. Disebabkan tempoh PKP dilanjutkan, jadi siaran percuma ini juga dilanjutkan sehingga tamat PKP ini.


Sebelum ini juga, Astro telah menyusun semula bagi semua channel yang ada di Astro mengikut kategori dan siaran High Definition (HD) dan Standard Definition (SD). Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan pergi ke pautan nombor siaran terbaru ini.

Siaran Baharu Mengfokuskan Tontonan Konsert Hanya Di Rumah

Tonton Konsert Terulung Terus Dari TV Astro Anda

Astro melalui laman facebook rasmi mereka mengumumkan, channel terbaru tersebut dinamakan 'Stay Home Concert' di siaran CH700. Channel ini akan bermula pada 14 April hingga 28 April 2020 iaitu sepanjang tempoh PKP sahaja. Siaran ini akan menyiarkan konsert nyanyian terulung yang pernah berlangsung baik dalam dan luar negara dan juga artis tempatan dan artis antarabangsa.

Siaran ini diberikan secara PERCUMA kepada semua pelanggan Astro. Anda boleh tonton melalui TV dan juga Astro GO. Ianya juga disediakan melalui Astro On Demand. Tetapi ianya tidak ditawarkan kepada pelanggan NJOI.


Seperti yang disenaraikan, antara konsert yang akan disiarkan seperti persembahan daripada Coldplay, Ed Sheeran, U2, Blackpink, Twice, Red Velvet, Sheila Majid, M Nasir, KRU, Sammi Cheng, Spice Girls, Katy Perry, The Beattles dan banyak lagi.


sumber : HelloKerja

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post