Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Kini rasmi, tempoh Perintah Kawalan Pergerkan, PKP akan dilanjutkan selama 2 minggu lagi selepas diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Ramadan yang bakal menjelang pada 24 April ini ternyata disambut sedikit hiba apabila rakyat Malaysia khususnya terpaksa menghadapinya dikala berada di dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Yang pastinya tiada solat di masjid, tiada bazar Ramadan dan pelbagai lagi.

Baca Juga : Penerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Selain itu, tempoh cuti persekolahan juga dilanjutkan. Jadi Perdana Menteri menggesa murid-murid supaya perlu berada di rumah. KPM juga telah menyediakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini. Selagi mana, sekolah tidak dibuka.


Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Dengan itu, PKP yang sudah bermula pada 18 Mac yang lepas ini dilanjutkan lagi 2 minggu iaitu bermula 15 April hingga 28 April 2020. Sepanjang tempoh ini, semua rakyat Malaysia diarahkan sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa apa-apa urusan.

Keputusan ini dibuat berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan unutk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Tindakan ini adalah selasar dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.


Akhir kalam Perdana Menteri, beliau menyeru supaya kita menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang-orang di sekeliling kita dengen mematuhi perintah kawalan pergerakan. Beliau juga menambah dengan memberi ucapan terima kasih kepada rakyat dimana tahap pematuhan PKP di negra kita adalah tinggi dan ini menunjukkan kita faham akan arahan tersebut.

Teruslah berdoa, berusahan dan bertawakkal. Kita pasti menang bagi melawan pandemik COVID-19 ini. 

Stay Safe, Stay Home

2/Post a Comment/Comments

  1. harap2 taklah dilanjutkan lagi sampai raya nanti

    ReplyDelete
  2. Semoga negara kita mampu mengatasi masalah wabak dengan jayanya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post