Syawal Tahun Ini Disambut Dengan Norma Baharu

Syawal Tahun Ini Disambut Dengan Norma Baharu

Tahun ini 1 Syawal 1441H disambut pada 24 Mei 2020. Pada hari ini, rakyat Malaysia khususnya menyambut perayaan Aidilfitri. Tetapi banyak kelainan dalam sambutan kali ini disebabkan tempoh PKPB masih berlangsung dan juga penularan pandemik COVID-19.

Norma baharu yang perlu diamalkan bagi mengelakkan jangkitan. Siapa sangka dan terfikir dek akal, kita akan lakukan Solat Sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga dan diakhiri dengan khutbah Aidilfitri. Lebih menarik, lihat bagaimana, rakyat Malaysia kreatifnya apabila menggunakan pelbagai peralatan untuk dijadikan tongkat khatib.

Anak-anak tidak dibenarkan pulang ke kampung tetapi masih lagi dapat berjumpa iaitu melalui Video Conference. Walau jauh, tetapi dekat di hati. Terima kasih teknologi. Bertakbir bersama-sama juga melalui video call sama ada menggunakan Whatsapp, FaceTime, Zoom, Google Meet dan macam-macam lagi.

Highway yang biasanya padat dengan kereta di malam raya, kali ini lengang dan kosong disebabkan tidak dibenarkan rentas negeri. Penjarakkan sosial diamalkan ketika berada di rumah dengan jumlah maksimum adalah 20 orang hanya untuk ahli keluarga tetapi bergantung kepada kapasiti rumah tersebut.


Tradisi duit raya juga tidak ketinggalan. Kali ini tak perlu bagi sampul dah, bagi nombor akaun bank je. Boleh transfer je duit raya, berapa nak kepada saudara-saudara dan kawan-kawan.

Inilah antara norma baharu yang kita kena biasakan selepas ini. Mungkin ini hanya berlaku pada bulan Syawal, tetapi perkara lain harus diteruskan sehingga pandemik ini berjaya ditewaskan sehingga lumat. Penjarakkan sosial 1 meter, pemakaian facemask, sentiasa basuh tangan dengan sabun, tidak berada di tempat orang ramai dan sebagainya.

Semoga raya kali ini, membawa 1000 makna kepada kita yang mungkin kita tidak akan merasai lagi 'pengalaman' unik kali ini kan. Apa-apapun aku nak ucapkan kepada semua pembaca blog ini,

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

#StayHome #StaySafe #KitaJagaKita

6/Post a Comment/Comments

  1. selamat hari raya buat aiman sekeluarga. stay safe

    ReplyDelete
  2. Salam lebaran PKPB 1441 h
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya Aiman.. still mood pkpb ya hehe

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidilfitri Aiman ^^
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post