Hampir Seluruh Aktiviti Perniagaan Di Temerloh Kembali Beroperasi Dengan Waktu Operasi Yang Ditentukan

temerloh pkpb

Di Temerloh juga kini, hampir seluruh aktiviti perniagaan kembalik beroperasi seperti biasa tetapi dengan waktu operasi yang telah ditentukan oleh pihak MPT. Jadi peniaga dibenarkan untuk buka kedai kembali tetapi harus patuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum ni, Perdana Menteri ada mengumumkan bermula 4 Mei, seluruh Malaysia akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 bagi menghidup dan mengembalikan pergerakan ekonomi semula selepas lebih sebulan terpaksa henti operasi disebabkan PKP dan pandemik COVID-19.

temerloh pkpb

Arahan itu disambut baik oleh Kerajaan Negeri Pahang khsusnya tetapi dengan beberapa pertukaran SOP selepas dimuktamad oleh Menteri Besar Pahan pada 8 Mei yang lepas termasuklah pada daerah Temerloh.

Jadi bermula 12 Mei 2020, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengeluarkan senarai aktiviti perniagaan yang dibenarkan untuk beroperasi semula dengan mengikut kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Pihak Berkuasa Negeri dan Majlis Keselamatan Negara.

SOP Yang Telah Ditetapkan Kerajaan Negeri Pahang

Antara syarat AM operasi premis yang ditetapkan adalah:
  1. Premis yang hendak dibuka semula mestilah berada dalam Zon Hijau sahaja
  2. Saringan suhu badan hendaklah dibuat setiap hari dan direkodkan
  3. Menjalankan saringan suhu badan ke atas semua pelanggan. Rekodkan dengan mencatatkan data pelanggan termasuk nama, alamat dan nombor telefon dan pelbagai lagi

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca SOP Aktiviti Perniagaan di Temerloh disini


Waktu Operasi Aktiviti Perniagaan Di Malaysia

Kebanyakan aktiviti perniagaan seperti kedai runcit, kedai serbaneka, kedai hardware, pasaraya, kedai kasut dan beberapa lagi hanya dibenarkan beroperasi bermula 7 pagi hingga 7 malam.


Gerai makan tepi jalan dibenarkan untuk buka bermula 12 tengah hari hingga 7 malam.

Restoren makanan segera (kfc, mcd), food truck (semasa Ramadan) dibenarkan beroperasi bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam

Untuk aktiviti perniagaan lain, anda boleh lihat seperti di lampiran dibawah

temerloh pkpb

temerloh pkpb

Aktviti Lain

Semua aktiviti yang tidak melibatkan kumpulan yang ramai boleh dibuat seperti biasa dengan SOP yang ditetapkan kecuali aktiviti-aktiviti dibawah:
  1. Panggung wayang
  2. Taman tema
  3. Muzium
  4. Busking
  5. Pameran perkahwinan
  6. semua jenis akvtiviti melibatkan perhimpunan lebih 10 orang
  7. Gymnasium
  8. Kolam renang
  9. Sukan melibatkan perhimpunan (futsal, badminton, boling)
  10. Acara berkumpul di luar yang melebihi 10 orang
  11. Akviti sukan dalaman
  12. Bazar Ramadan
  13. Basar Hari Raya
  14. Kedai gunting rambut
  15. Ceramah dan banyak lagi

Anda boleh tengok seperti lampiran dibawah

temerloh pkpb


sumber : MPT

4/Post a Comment/Comments

  1. Semoga org Temerloh dan rodong kampung koi baik2 je...tahun ni miss mkn murtabak paklan bazar tmeloh

    ReplyDelete
  2. Kereta semakin memenuhi jalanraya. X suka la mcm ni. Suka zaman pkp dulu.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    semoga masing-masing mematuhi arahan, jarak dan kebersihan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post