Mohon Segera! Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka

Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah membuka permohonan bagi program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) kepada mereka yang berminat.

Tawaran bagi tier 1 ini terbuka kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian sahaja. Antara program atau pengajian yang layak untuk memohon adalah program peringkat Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma Akademik di Universiti Awam dan Swasta di dalam Negara.


Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) YBR ini merupakan pembiayaan tajaan pendidikan. Disebabkan ianya boleh ubah, pembayaran semula adalah bergantung kepada keputusan akhir semester. Ianya juga boleh tukar kepada biasiswa jika memenuhi syarat seperti di dalam jadual dibawah:

CGPA Diskaun % Bayaran Balik
3.50 – 4.00
100
0 (Biasiswa)
3.00 – 3.49
70
30
2.75 – 2.99
50
50
2.50 – 2.74
30
70
2.50 dan kebawah
0
100 

Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka

Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka

Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat boleh dibuat bermula 1 Jun hingga 15 Julai 2020 dan dibuat secara online. Anda boleh memohon di pautan YBR dibawah:


Pengajian Yang Layak Memohon PPBU YBR

Bagi permohonan kali ini, ianya dibuka hanya kepada 3 peringkat pengajian di universiti awam dan swasta iaitu Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma bagi dalam negara sahaja. Ianya juga ditawarkan kepada semua program pengajian kecuali kursus Perubatan dan Aviation (Lisen). Tetapi keutamaan diberi kepada:
  • Accounting
  • Banking
  • Business Management
  • Human Resources
  • Economy
  • Media Communication
  • Law
  • Actuarial Science

BACASenarai Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Bagi Tahun 2020

Syarat Permohonan PPBU YBR

Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat yang disenaraikan bagi syarat umum dan syarat akademik:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Bagi lepasan SPM yang berada dalam semester pertama
  • Pemohon perlu buka akaun Bank Rakyat sekurang-kurangnya RM100 ada di dalam akaun tersebut.

Syarat Akademik

  • Pelajar yang belajar sepenuh masa di universiti awam dan swasta
  • Sekurang-kurangnya peroleh 5A dalam SPM 2019 atau
  • PNGK 3.0 bagi peringkat STPM, STAM atau peringkat Diploma



Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebaran permasalahan dan persoalan, anda boleh hubungi seperti yang tertera dibawah:

Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia

No. Tel: +603 2612 9600
Fax: +603 2260 1050

5/Post a Comment/Comments

  1. Harap terbuka juga utk ahli bank rakyat yg jd guru mcm abe kie.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    ReplyDelete
  3. info yang tak harus di lepaskan oleh anak-anak yang layak :)

    ReplyDelete
  4. Apa kata next post, bantuan untuk majikan. rasanya ramai majikan yang tidak tahu hal ini

    https://www.perkeso.gov.my/images/pengumuman/penjana/program_insentif/HIRING_INCENTIVE_FAQ_-PMO.latest.pdf

    ReplyDelete
  5. Info yang bermanfaat..Anak saya pernah mohon..tak de rezeki

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post