Cara Buat RotiBoy Sebenar Di Rumah. Boleh Jimat Banyak


Berita baik untuk penggemar RotiBoy, kini anda boleh dapatkan adunan dan doh RotiBoy yang sama melalui RotiBoy Malaysia. Jadi anda boleh bakar roti sendiri terus dari rumah dengan 5 langkah simple sahaja.

RotiBoy antara roti yang menjadi pilihan pengguna, lagi-lagi kalau berjalan di shopping mall. Dengan harga berpatutun yang sesuai dengan saiz roti yang besar ditambah dengan kerangupan dan kelazatan roti perisa kopi. Pasti rasa macam nak beli banyak-banyak kan.

Tapi kalau anda rasa nak makan, anda hanya boleh dapatkan di kiosk-kiosk atau kedai di shopping mall je kan. Takkan semata nak makan rotiboy, kena drive ke tempat yang sesak tu kan. Jadi dengan itulah RotiBoy Malaysia memberi inisiatif kepada pengguna dengan kongsikan resepi tersebut sebijik rasa di kedai untuk semua pengguna.


Lepas ni, anda boleh masak atau bakar roti sendiri terus daripada rumah. Yang penting, anda dapatkan doh roti dan topping krim daripada RotiBoy Malaysia. Jom tengok cara dapatkan rotiboy dan cara bakar roti dengan 5 langkah sahaja.

BACA : Nak Cuba Kopi Viral Juga. Ikuti Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee

5 Cara Untuk Sediakan Dan Bakar RotiBoy

Dalam penyediaan rotiboy ini, yang paling penting adalah adunan dan doh roti tersebut. Pasti ada rahsia pembuatannya. Tapi jangan risau, semua ini anda boleh dapatkan dengan buat pembelian melalui RotiBoy Malaysia. Nanti boleh makan bila-bila masa sahaja bersama keluarga. Tak perlu nak pergi shopping mall dah.




Langkah 1 : Buat Tempahan Di RotiBoy Malaysia

tempah rotiboy

Anda boleh buat tempahan RotiBoy frozen beserta topping krim di RotiBoy Malaysia atau di SINI. Penghantaran dibuat secara postage dan juga COD. Pakej yang ditawarkan adalah 15 keping doh roti beserta topping krim mengikut citarasa anda. Harga seperti di bawah


Doh roti + krim original (coffee) = RM33
Doh roti + krim Buttermilkboy = RM35
Doh roti + Mochaboy = RM35
Doh roti + Cheeseboy = RM38

Selepas beli, pastikan anda simpan doh roti tersebut di dalam peti ais. Nak mula bakar, baru keluarkan.

Langkah 2 : Thaw & Proof

thaw and proof rotiboy

Seterusnya melalui proses thaw & proof. Anda keluarkan doh roti daripada peti ais dan letak di dalam loyang. Pastikan jarak antara doh adalah 3 jari bagi mengelakkan roti melekat antara satu sama lain ketika kembang kelak. Pastikan alas dengan baking paper.

thaw and proof rotiboy

Proof atau biarkan doh roti tersebut selama 3-4 jam di luar sehingga roti itu kembang. Barulah jadi besar macam RotiBoy di kedai tu kan.

Langkah 3 : Proses Pipe

pipe rotiboy

pipe rotiboy

Selepas doh roti sudah kembang, anda perlu layurkan topping krim yang anda pesan di atas permukaan doh roti secara sama rata. Anda akan diberikan piping bagi yang berisi krim (kopi dan butter). Anda perlu gunting sedikit dihujung bag tersebut dan mulakan proses 'piping' secara berputar di atas setiap doh.



Langkah 4 : Mula Bake

bakar rotiboy

Sebelum anda bakar di dalam oven, pastikan anda preheat terlebih dahulu dengan suhu 170°C untuk sementara. Selepas itu, barulah anda masukkan kesemua doh roti tersebut di dalam oven dan bakar untuk masa 15-18 minit. 

Langkah 5 : Sedia Dinikmati

sudah siap rotiboy

Selepas siap. RotiBoy sedia untuk dihidangkan dan dinikmati. Enjoy your RotiBoy bersama yang tersayang. Sedapnya rotiboy!


Now Everyone Can Bake RotiBoy

9/Post a Comment/Comments

  1. terbayang rasa dia dengan bau wangi. sedapnyaaaaa... macam kena beli je ni hehe

    ReplyDelete
  2. Wah boleh buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. selalu kalau pgi mall mesti akan singgah. kali ni bolehlah buat kt rumah sendiri

    ReplyDelete
  4. perghhhh
    nak beli lah
    dah lah favorite nih

    ReplyDelete
  5. menarik... tapi akak prefer beli yang dah siap masak je heheheh...

    ReplyDelete
  6. wow, ni kiranya mcm beli frozen la kan.. bagus juga tu dan murah pun murah compare beli yg dah siap

    ReplyDelete
  7. wahhh...makan panas-panas sedap ni

    ReplyDelete
  8. Dulu2 mase slalu jln kt klcc suka beli roti boy ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post