Pahang Adakan Taklimat Kursus Pra Perkahwinan Dengan Tempoh Sahlaku Sijil Hanya Selama 3 Bulan Sahaja


Hari ini, melalui Jabatan Agama Islam Pahang (PAIP) mengumumkan Taklimat Kursus Pra Perkahwinan (TKP) bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Selangor ada mengumumkan Kursus Pra Perkahwinan akan di adakan secara online bagi mereka yang telah pun mendaftar sebelum bermulanya PKP. Ini inisiatif daripada Jabatan Agama Islam Negeri di sana bagi memudahkan urusan bakal pengantin.


Sama juga seperti di Pahang, inisiatif ini juga ingin memudahkan urusan bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat walaupun ianya bukanlah secara online sama seperti di Selangor.

Taklimat Kursus Pra Perkahwinan (TKP) Bagi Bakal Pengantin Di Pahang

Sehubungan dengan itulah, PAIP memperkenalkan Taklimat Kursus Pra Perkahwinan (TKP) ini yang pastinya sedikit sedikit berbeza daripada kursus seperti biasa sebelum ini. Dalam kursus ini, ianya dilakukan selama 4 jam sahaja dan bayaran hanya RM50.

Selain itu, kapasiti yang hanya terhad kepada 30 orang dalam satu sesi. Anda perlu tahu, tempoh sahlaku sijil selama 3 bulan sahaja dari tarikh dikeluarkan. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang akan bernikah dalam tempoh 90 hari selepas TKP.


Jadi kalau anda masih belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh tersebut, mungkin tiada keperluan lagi untuk anda hadiri TKP ini.

Jika anda berminat dan ingin mendaftar, anda boleh berbuat demikian dengan layari pautan ini praperkahwinan.pahang.gov.my.


Bagi peserta yang hadir ke TKP perlu melepas dan mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti berikut:
  • Memakai penutup mulut dan hidung
  • Melepasi ujian suhu haba
  • Tidak mempunyai sebarang gejala COVID19 seperti demam, selesema dan batuk
  • Penggunaan hand sanitizer
  • Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
  • Patuh susun atur kedudukan yang ditentukan oleh PAID

Diharap berita ini dapat mengembirakan mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan kelak. Jangan lupa kongsikan dengan anak Pahang yang lain.

1/Post a Comment/Comments

  1. Teringat buku ni mase kursus kawin dlu.
    Done follow #375

    ReplyDelete

Post a comment

Recommended