Tidak Lagi Di Youtube! Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Menerusi Aplikasi Striming IQIYI

 Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Menerusi Aplikasi Striming IQIYI

Kini tiada lagi tontonan di Youtube. Anda boleh menonton drama TV3 popular 7 Hari Mencintaiku 2 menerusi aplikasi striming IQIYI. Lebih mudah dan pastinya secara PERCUMA!

Drama melalui slot Aqasia itu kini telah mendapat tempat bagi setiap penonton dan peminat drama Melayu di Malaysia. 7 Hari Mencintaiku 2 merupakan kesinambungan daripada drama musim pertama sebelum ini yang juga mendapat tempat dan tontonan hebat daripada peminat drama ketika itu.

Drama TV3, 7 Hari Mencintaiku 2

Drama ini telah ditayangkan bermula 2 Julai 2020 yang lepas melalui slot Aqasia yang ditayangkan setiap isnin hingga jumaat pada pukul 7 malam. Jika anda berkesempatan, anda boleh tonton di tv3 pada waktu yang ditetapkan ini.


7 Hari Mencintaiku 2 masih mengekalkan pelakon utama antaranya Siti Saleha (Mia Adriana), Shukri Yahaya (Khuzairi), Wan Sharmila (Sofi Emilia), Syazwan Zulkifly (Helmi) dan ramai lagi pelakon hebat yang membintangi drama ini.

Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Menerusi Aplikasi Striming IQIYI

Sinopsis ringkas

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Menerusi Aplikasi Striming IQIYI

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.


Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Tayangan Secara Online Menerusi IQIYI

Selain daripada tontonan di tv3, anda sebenarnya boleh menonton secara online juga. Mungkin sebelum ini sudah ramai yang tahu, anda boleh layan 7 Hari Mencintaiku 2 menerusi channel Youtube Drama Sangat Official bermula episod 1 lagi.


Kini tidak lagi. Anda tidak boleh lagi menonton di Youtube.

Tetapi jangan risau. Sebenarnya tv3 bukan tidak membenarkan tayangan secara online, tetapi segala episod sudah dibawa ke platform yang baru iaitu melalui aplikasi striming IQIYI. Ya, kini anda boleh tonton semua episod drama tersebut di IQIYI sahaja. Boleh tonton menggunakan smartphone, tablet ataupun komputer.

Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Menerusi Aplikasi Striming IQIYI

Untuk itu, anda hanya perlu download atau muat turun aplikasi IQIYI di Playstore atau Appstore atau anda juga boleh tonton terus di laptop di pautan www.iq.com. Anda boleh strim atau tonton sejam selepas tayangan di tv3. Jadi dalam pukul 9 malam, anda sudah boleh mula strim di IQIYI.

Yang penting tontonan ini adalah PERCUMA dan tanpa perlu apa-apa pendaftaran pun.

Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Menerusi Aplikasi Striming IQIYI

Untuk tontonan percuma, ianya masih dipaparkan iklan sama sahaja seperti di Youtube. Tetapi jika anda berminat, anda juga boleh dapatkan akaun VIP dengan harga RM16.90 sebulan. Banyak lagi drama Asia yang anda boleh tonton antaranya daripada China, Korea, Japan, Hong Kong dan sebagainya.


Setakat artikel ini diterbitkan, IQIYI memberi promosi hebat khas kepada pengguna telefon bimbit di Malaysia iaitu hanya RM1.90 sebulan untuk akaun VIP. alert-success

Jangan risau pula, kalau anda tengok di Youtube sekarang hanya ditayangkan teaser bagi setiap episod 7 Hari Mencintaiku 2 tu. Anda boleh tengok juga, tetapi menerusi IQIYI.


Selain daripada drama ini, terdapat beberapa lagi drama Melayu yang anda boleh strim di sini antaranya Leftenan Zana, Kampung People, Setelah Ku Dimiliki dan banyak lagi.

Tonton Full Episode Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Disini


2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post