Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

Jika anda ada duit di dalam akaun eWallet, anda boleh keluarkan duit tersebut dalam bentuk cash. Nak tahu, boleh ikuti langkah mudah ini cara keluarkan duit cash daripada akaun eWallet.

Sekarang rasanya semua aplikasi eWallet tidak menyediakan proses pengeluaran duit cash daripada akaun. Jadi segala duit yang ada di dalam eWallet tersebut, anda kena habiskan ataupun biarkan sahaja di dalamnya. Tapi macam mana tiba-tiba anda terdesak nak gunakan duit cash dan premis tersebut tidak menyediakan pembayaran tanpa tunai?


Secara jujur, eWallet ini sangat bagus, ini kerana jika anda membuat pembayaran melaluinya anda akan mendapat pelbagai faedah daripadanya. Antaranya seperti diskaun, cashback, point, coins dan sebagainya. Kalau anda berbelanja guna tunai, anda tidak boleh boleh peroleh faedah-faedah tersebut.

BACASenarai Top 5 e-Wallet Di Malaysia. Korang Selalu Guna Yang Mana?

Di Malaysia, kini terdapat banyak aplikasi eWallet yang boleh digunakan tetapi antara eWallet yang popular adalah Boost, Touch 'N Go eWallet dan GrabPay. Kebiasaanya, ini antara platform pembayaran yang disediakan di premis-premis perniagaan.

Jadi untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara mudah untuk keluarkan duit cash daripada akaun Touch 'N Go eWallet walaupun perkhidmatan cash out ini tidak disediakan melalui aplikasi tersebut.

Cara Keluarkan Duit Cash Daripada Akaun eWallet

Cara ini hanya valid untuk pengguna Touch 'N Go eWallet sahaja. Pastikan anda mempunyai akaun Shopee sahaja. Jika belum, anda boleh daftar sekarang di www.shopee.com.my. Kalau RM50 ePENJANA tu, kalau tiada keperluang sangat, gunakan sahaja pembayaran menggunakan eWallet. Banyak faedah kan.


1.  Gunakan aplikasi Touch 'N Go eWallet dan akaun Shopee

Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

2.  Kemudian, anda pergi ke aplikasi Shopee atau menerusi laman web shopee.com.my. Seterusnya klik pada icon ShopeePay seperti dalam gambar. Akhirnya klik Top Up.

Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

3.  Disini akan disediakan berapa jumlah yang anda ingin topup akaun ShopeePay anda. Anda masukkan nilai yang anda ingin keluarkan daripada akaun eWallet anda.


Jika sudah, kemudian klik pada Payment Method dan pilih Cash Payment at 7-Eleven dan klik Confirm. Anda akan diberi kod. Seterusnya pergi ke premis 7-eleven terdekat dan buat pembayaran menggunakan Touch 'N Go eWallet.

Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

Jadi duit di dalam akaun eWallet akan masuk ke akaun ShopeePay. Barulah boleh cash out ke akaun bank!

Cara Cash Out Duit Daripada Shopee Ke Akaun Bank

Langkah seterusnya, anda perlu withdraw duit di dalam ShopeePay masuk ke akaun bank anda. Jangan risau, mudah sahaja


1.  Langkah mudah; Shopee > ShopeePay > Transfer > klik Transfer to Bank Account > pilih sahaja akaun bank yang anda akan terima duit tersebut. Selesai!

Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

Duit tersebut akan mengambil masa sehari untuk masuk ke akaun bank. Nanti kalau dah masuk bank, boleh la duit cash di mesin ATM.


Jadi itulah cara untuk anda keluarkan duit cash daripada akaun eWallet. Akaun eWallet kemudian, masukkan dalam ShopeePay, kemudian keluarkan masuk akaun bank dan akhirnya withdraw duit cash daripada mesin ATM.

sumber : hellokerja

2/Post a Comment/Comments

Post a comment

Recommended