Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx Dan Banyak Kelebihan

Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx

Inilah hakikat dan perkara benar yang anda perlu tahu. Unifi Air adalah jauh lebih baik daripada full speed 8mbps Streamyx/Unifi Lite.

Rasanya tahun 2020 ni, kelajuan internet 8mbps ini hanya sesuai untuk smarphone dan bukan pada internet di rumah terutamanya menggunakan talian tetap seperti Streamyx. Jadi harap lepas ni, pihak TM boleh tambah lebih lagi kelajuan internet kepada pengguna streamyx.

Paling laju internet streamyx yang pernah saya guna adalah 8mbps apabila dinaik taraf menjadi Unifi Lite. Kebanyakkan daripada kelajuan ini, hanya digunakan untuk urusan kerja-kerja ringan sahaja. Orang cakap sekadar cukup ada internet di rumah.


Jadi beberapa minggu yang lepas atau dekat 2 bulan lebih, barulah kami decide untuk tukar Streamyx atau Unifi Lite tersebut kepada Unifi Air yang sebenarnya telah ada di pasaran sejak 2019 lagi rasanya. Jadi rugi je setahun guna kelajuan internet yang kurang tu.


Apa Itu Unifi Air

Unifi Air ini berbeza dengan Unifi. Unifi Air menggunakan internet wireless atau broadband manakala Unifi adalah talian tetap. Unifi Air sebenarya adalah alternatif kepada mereka yang tidak menerima kawasan yang ada Unifi sama seperti kawasan rumah saya. Tapi speed yang ditawarkan tidaklah selaju Unifi tetapi yang pastinya jauh lebih laju daripada Streamyx.

Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx

Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx

Disebabkan ianya internet wireless, jadi anda tidak perlu dapatkan telefon talian tetap seperti anda melanggan Unifi atau Streamyx. Anda hanya perlu bayar bulan-bulan untuk internet sahaja. Line Unifi Air ni, orang TM bagi tahu guna line Webe.

Dengan tidak menggunakan sambungan telefon, router yang diberi boleh digunakan dimana-mana sahaja asalkan ada coverage. Cara penggunaan adalah sekadar plug n play. Tak perlu nak sambung apa-apapun. Pergi balik kampung ke, pergi bercuti ke, boleh bawa router yang diberi tersebut.


Selain itu juga, Unifi Air boleh disambung sehingga 64 peranti dalam satu-satu masa. Yang pastinya kuota adalah unlimited dan tiada speed capped. Guna la sepuasnya. Setakat menggunakan peranti sehingga 8 serentak. Tiada masalah lagi.

Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx

Pada awalnya, bayaran streamyx bersama telefon talian tetap adalah RM69 sebulan dan untuk Unifi Air, anda perlu bayar RM79 sebulan (promo) iaitu RM10 lebih mahal. Tetapi anda dapat lebih dengan bayaran tersebut.

Seperti yang diberitahu oleh pihak TM, kelajuan Unifi Air adalah 20mbps dan Streamyx yang kami guna adalah 8mbps. Dengan tambahan RM10, dapat lebih 3 kali ganda kelajuan. Memang untunglah kan. Tapi kadang kala, boleh capai lebih 20mbps tau. Untuk kelajuan download, boleh capai 800mb. Ok sangat la tu. Boleh download movie. 

Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx
speedtest di komputer dan smartphone

Jadi dah ada Unifi Air ni, barulah boleh gunakan Xioami Mi Box S atau android box di tv. Untuk tengok movie di iFlix, Netflix atau IQIYI sekali pun, sangat kurang masalah buffering. Bagi saya untuk gunakan android box, gunalah sekurang-kurangnya 20mbps. Sebelum ini live streaming CIMB Liga Super di Youtube Android Box pun tiada masalah.


Secara teori, internet wireless seperti Unifi Air ini kurang stabil berbanding talian tetapi seperti streamyx atau unifi. Tetapi selama penggunaan 2 bulan ini, rasanya Unifi Air ni lagi stabil daripada line Streamyx sebelum ini.

Sekarang Unifi Air ada promo iaitu, secara bulanan adalah RM79 untuk kontrak 2 tahun dan akan dapat 5G Router jenama Huawei secara percuma. Antara teknologi router yang paling baru disamping menerima sambungan 5G jika ada kelak. Selain itu, seperti yang diberitahu oleh orang TM tu, walaupun ianya kontrak, jika kawasan anda ada line Unifi kelak, anda boleh tukar tanpa breach the contract.


Nasihat saya, sebelum beli Unifi Air ni, anda panggilah dulu staff TM untuk test speed di rumah anda. Jika berpuas hati, barulah anda beli dengan bayaran upfront RM100 sahaja. Sebenarnya RM100 tu akan ditolak daripada bil pertama. Ianya hanya sekadar bayaran ikatan kontrak sahaja.

Atau jika anda ingin beli sendiri, anda boleh pergi ke website Unifi sama ada beli bersama SIM kad dan Router dengan kontrak atau SIM kad sahaja tanpa kontrak dengan harga yang sama

Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx

Jadi jika kawasan rumah anda bagus line Unifi Air ni, better anda tukar terus. Kalau slow juga, tak boleh buat apa la kan. Untuk penduduk Temerloh yang tiada Unifi lagi, boleh angkat Unifi Air dulu. Ikut pendapat peribadi, ianya berbaloi-baloi.


Aku dah promote ni, belanja la sikit TM hehe

14/Post a Comment/Comments

  1. baru je tukar dari streamyx ke unifi..hehe https://www.tiarasaphire.com/2020/08/telemovie-aku-posmen-kau-latifah-dia.html

    ReplyDelete
  2. haha siap suruh tm belanja.. mama nak tukar unifi sampai skrg tgh tunggu tindakan dari tm

    ReplyDelete
  3. Wah! bagusnya yang ni boleh bawa balik kampung.
    So far Mrs. A guna unifi home je itupun kawan husband yang promote

    ReplyDelete
  4. fuh menarik info ni... senang nak angkut kemana-mana

    ReplyDelete
  5. Wah, bestnya kalau dapat pasang unifi air ni

    ReplyDelete
  6. memang stay temerloh ke?saya orang temerloh gak

    ReplyDelete
  7. Tuan, kalau ambil simcard saja, boleh cadangkan modem apa yang sesuai untuk diguna bersama sim card unifi air ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk cadangan saya tak berani nak cakap sebab bukan semua modem boleh terima. Tapi kalau jenis sebijik macam ni boleh dapatkan di Shopee dengan harga Rm700-rm800. Kawan saya ada pakai. Kalau murah sikit mungkin brand zte tapi rasanya takda 5g. brand huawei ada.

      Delete
  8. nak tanya, nanti kalau kita purchase unifi air ni, dia kasi sekali dgn modem tu ke? berapa ya harga termasuk modem unifi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. saya dapat by pos. bayar rm79 sahaja sebulan dengan kontrak 2 tahun. modem free.

      Delete
  9. Kalau beli simkad sajee ada kontrak 2tahun juga ke ?

    ReplyDelete
  10. berapa lama dia ambik masa untuk activate setalah dapat modem ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pengalaman, boleh terus guna sebenarnya

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post