Kini Anda Boleh Buat Pesanan Pizza Hut Melalui Whatsapp Sahaja Dan Ikuti Caranya Disini


Pizza Hut baru-baru ini mengumumkan dimana anda kini boleh buat pesanan pizza dengan hanya menggunakan Whatsapp sahaja. Tak perlu buka komputer, bukan website untuk buat order pizza hut dan hantar ke rumah.

Pizza Hut memperkenalkan Pizza Hut Easyorder through Whatsapp bermula 7 September 2020 yang lepas. Jadi bermula pada tarikh tersebut, talian Whatsapp untuk Pizza Hut telah diaktifkan. Pizza Hut bagi tahu, dengan adanya ciri tempahan terbaru ini, ianya menjadikannya lebih mudah dan lebih pantas. Tak perlu Log-In seperti di laman web Pizza Hut, tak perlu letak lokasi, hanya sekadar pin location sahaja dan banyak lagi.

Kini Anda Boleh Buat Pesanan Pizza Hut Melalui Whatsapp Sahaja Dan Ikuti Caranya Disini

Jadi dengan itu, saya cuba lah buat pesanan Pizza Hut dengan menggunakan Pizza Hut Easyorder ini menggunakan Whatsapp baru-baru ini. Pizza Hut ni best sebab pizza personal dia RM5 je setiap hari, kenyang la juga kan.


Jom kita tengok cara menggunakan ciri baharu tempahan melalui Whatsapp untuk order Pizza Hut dengan hantar teks sahaja melalui pengalaman sendiri.

Cara Guna Pizza Hut Easyorder Whatsapp Untuk Buat Pesanan Pizza Hut

Pizza Hut menggunakan nombor telefon "016-755 2525" atau anda boleh klik pautan ini. Anda perlu tahu, anda bukan texting dengan manusian sebaliknya bot. Jadi anda ikut sahaja kesemua arahan yang ditetapkan. 

Sejurus anda masuk ke halaman Whatsapp Pizza Hut, anda perlu bagi arahan pertama dengan apa-apa sahaja. Mulakan dengan "Hi". Seterusnya pilih "Bahasa"

Kini Anda Boleh Buat Pesanan Pizza Hut Melalui Whatsapp Sahaja Dan Ikuti Caranya Disini

Kemudian bot akan reply dan meminta untuk anda sertakan alamat anda atau pin sahaja lokasi anda dan tetapkan anda mahu "self pickup" atau "delivery". Anda hanya perlu ikut arahan dengan balas mengikut nombor yang ditetapkan.


Di dalamnya juga, akan disertakan menu beserta gambar untuk anda buat pilihan.

Kini Anda Boleh Buat Pesanan Pizza Hut Melalui Whatsapp Sahaja Dan Ikuti Caranya Disini

Jika sudah siap kesemuanya, anda akan diberi pilihan untuk buat bayaran secara "tunai" atau melalui "kad debit/kredit" dengan klik pautan yang diberi oleh pihak Pizza Hut. Buat bayaran seperti biasa.


Akhirnya Pizza Hut akan keluarkan anggaran masa bila anda boleh pickup pizza anda di restoren Pizza Hut yang ditetapkan sebelum ini. Anda boleh ambil di kaunter seperti biasa jika sudah sampai waktu yang ditetapkan.

Kini Anda Boleh Buat Pesanan Pizza Hut Melalui Whatsapp Sahaja Dan Ikuti Caranya Disini

Bagi saya kaedah ini lebih senang daripada buat pesanan di laman web Pizza Hut. Anda tak perlu buka komputer, anda hanya perlu order melalui smartphone anda sahaja.

Kini Anda Boleh Buat Pesanan Pizza Hut Melalui Whatsapp Sahaja Dan Ikuti Caranya Disini

Tapi saya rasa ada satu kekurangan dan mungkin pihak Pizza Hut dapat naik taraf selepas ini iaitu kualiti gambar menu yang disediakan. Kualiti agak teruk, tak nampak kualiti pizza tersebut. Mungkin ianya sedikit sukar bagi mereka yang jarang makan Pizza Hut untuk lihat pizza yang ditawarkan tersebut.

3/Post a Comment/Comments

  1. WAHHH sangat menarik nih... memudahkan lagi urusan mengoder

    ReplyDelete
  2. lagi mudah lah kalau order guna whatapps.. tp nanti jangan kata tak hantar ke kawasan kite plak

    ReplyDelete

Post a comment

Recommended