Keluarga Mona Kembali. Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara Percuma

Keluarga Mona Kembali. Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara Percuma

Mesti ramai excited kan. Manakan tidak, drama Kampung People 2 kini kembali dan akan menemui peminat di TV3 atau anda boleh strim secara online di aplikasi iQIYI secara percuma.

Mesti ramai rindu keletah keluarga Razif dan Mona seperti dalam Kampung People musim pertama sebelum ini kan. Drama tentang kekeluargaan disamping dengan telatah lucu yang disampaikan oleh semua watak di dalamnya.


Disebabkan itulah, pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin kembali dengan sambungan drama Kampung People untuk musim kedua pula. Kali ini pastinya lebih menghiburkan apabila ada watak baru iaitu ibu kepada Mona bernama Dona yang watak dipegang oleh Adibah Noor disamping watak-watak baru yang lain.

Tayangan : TV3 dan aplikasi iQIYI
Genre : Komedi keluarga
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Pelakon : Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqisfshah, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Adibah Noor, Fizz Fairuz, Shah Kimin, Namron dan ramai lagi

Keluarga Mona Kembali. Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara Percuma

Sinopsis Kampung People 2

Kampung People musim kedua ini akan memaparkan kehidupan keluarga Razif (Rashidi Ishak) yang sudah kembali ke rutin hidup lama dibandar selepas Tuan Shuhaimi (Nam Ron) dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan.

Walaubagaimanapun, Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar dan telah menimbulkan kerinduan kehidupan di kampung seperti kehidupan musim pertama sebelum ini. Selain itu, disebabkan rindu kepada Jaafar (Hun Haqeem) dan Laila (Riena Diana) berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung.

Keluarga Mona Kembali. Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara Percuma

Keluarga Mona Kembali. Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara Percuma

Oleh sebab itu, Razif telah melakukan tipu muslihat bagi memujuk Mona dengan memberitahu mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera. Pastinya kali ini lebih menarik dengan watak baru seperti Adibah Noor sebagai Dona iaitu ibu Mona, Haziq Fadhullah (Karim) dan Kismah Johar (Madamme Mah) yang akan menghangatkan lagi plot drama ini.


Apakah kesudahannya, jangan lupa tonton Kampung People 2.

Waktu Tayangan

Drama Kampung People 2 mula ditayangkan pada 17 September (khamis) ini untuk episod pertama bagi 14 episod kesemuanya. Drama ini akan ditayangkan setiap rabu hingga jumaat pada jam 9 malam di TV3 melalui slot Lestary.


Jika anda tidak berkesempatan, anda boleh strim secara online selepas habis tayangan di tv melalui laman web www.iq.com atau aplikasi iQIYI secara percuma.

Tonton Full Episode Kampung People 2 Disini

5/Post a Comment/Comments

  1. mesti ramai yang tertunggu2 drama nih

    ReplyDelete
  2. omg dah keluar keee?!! kena tengok nihhhh.. wajib!

    ReplyDelete
  3. la.. ada adibah noor ke.. baru tengok 1 episod hari tu..

    ReplyDelete
  4. Tak sempat tengok kat TV boleh tengok kat Iqiyi.
    Kat IQiyi okay takde iklan hehehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post