Tonton Dan Strim Filem Dan Drama Secara Percuma Di Aplikasi iQIYI Sempena Kempen #AnakMalaysia


Berita baik untuk peminat filem dan drama. Platform penstriman video iQIYI akan menayangkan filem dan drama terpilih secara percuma di aplikasi iQIYI sempena kempen #AnakMalaysia.

Setiap kali lagu Negaraku berkumandang, kita sebagai rakyat Malaysia sememangnya akan merasa bangga dan bersyukur menjadi anak Malaysia. Maka dengan ini, iQIYI ingin berkongsi pelbagai detik indah, patriotisme dan menyayat hati melalui siaran tayangan hebat bersempena Hari Malaysia yang bakal menjelang.



Sebagai salah satu penyedia khidmat penstriman video terbesar di dunia, iQIYI akan melancarkan sebuah koleksi istimewa iaitu #AnakMalaysia, menampilkan seleksi hiburan tempatan dan Asia yang akan mencetus semangat bangga rakyat Malaysia. Koleksi ini terdiri daripada filem dan drama terpilih yang pernah memenangi anugerah bertujuan meraikan wira-wira yang telah mengharumkan nama Malaysia. Turut termasuk dalam senarai koleksi ini adalah filem dan drama global popular yang menampilkan pelakon dari Malaysia.

Tonton Filem Dan Drama Secara Percuma Di Aplikasi iQIYI

Koleksi ini boleh di strim mulai 11 September hingga 9 Oktober 2020, dan boleh diakses melalui aplikasi iQIYI, atau dengan hanya satu klik – www.iQ.com/AnakMalaysia.
Anda juga boleh langgan secara VIP di aplikasi iQIYI dengan yuran bulanan serendah RM8.90 sebulan. Jadi boleh dapatkan full access kandungan dan tiada iklan

strim filem dan drama percuma di iqiyi

Kandungan yang bertemakan #AnakMalaysia ini menampilkan bintang terkenal seperti Remy Ishak, Nabila Huda, Sangeeta Krishnasamy, Sharifah Amani, Siti Saleha dan Daiyan Trisha, serta penampilan Bront Palarae, Tan Sri Michelle Yeoh, dan Tony Eusoff dalam beberapa filem.

BACAAntara Filem Tempatan Yang Terpaksa Ditunda Tayangan Disebabkan Krisis COVID-19

Antara Filem Yang Ditayangkan

Anak Merdeka

Mukadimah tema cintakan Malaysia melalui penghargaan sinematik ini ialah Anak Merdeka – yang menampilkan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan – siri sejarah yang mengisahkan bagaimana tiga rakan muda bertemu dan menghadapi peristiwa penting dan bersejarah di Malaysia selama 60 tahun. Kisah mereka adalah gambaran kisah Malaysia.

iQIYI akan menayangkan Anak Merdeka buat pertama kalinya di platform penstriman pada 11 September. Siri ini menyediakan aliran episod yang unik, di mana setiap episod baharu akan bermula dari era Merdeka dan terus berkembang hingga ke zaman sekarang.

Diarahkan oleh lima pengarah terkemuka – Kabir Bhatia, Bernard Chauly, Matt Lai, Aziz M. Osman, dan Shamyl Othman – dan diterbitkan oleh Angsana Productions, sebuah syarikat bersekutu Iskandar Malaysia Studios, dan ini merupakan antara drama dengan kos tertinggi yang diterbitkan di Malaysia.

Ola Bola

Menyemarakkan lagi semangat kebanggaan adalah Ola Bola, salah satu daripada 15 filem paling laris di Malaysia, mengisahkan ahli pasukan bola sepak dari pelbagai bangsa yang berjaya ke Sukan Olimpik. Filem ini merangkul empat anugerah di Festival Filem Malaysia ke-28.

Adiwiraku

Kisah benar ketabahan dan ketekunan seorang guru sekolah, Cheryl Ann Fernando (dimainkan oleh Sangeeta Krishnasamy) melatih para pelajar sebuah sekolah luar bandar untuk berjaya dalam pertandingan paduan suara digambarkan dalam filem Adiwiraku, yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29.


Lee Chong Wei: Rise of the Legend

Tiada seorang tokoh sukan moden yang berupaya menyatukan semua rakyat Malaysia melainkan Datuk Lee Chong Wei, dan iQIYI akan menayangkan filem biopik khas ini untuk tontonan semua. Lee Chong Wei: Rise of the Legend adalah mengenai kisah inspirasi ikon kebangsaan Malaysia (yang juga muncul dalam peranan kameo), yang bangkit dari kemiskinan untuk menjadi pemain badminton terbaik di dunia. Ia juga merupakan salah satu filem Cina Malaysia yang paling laris.

Terbaik Dari Langit

Persahabatan di kalangan rakyat Malaysia adalah salah satu faktor terbesar yang merapatkan hubungan masyarakat kita, dan Terbaik Dari Langit adalah filem yang paling sesuai untuk menggambarkannya. Diarahkan oleh pengarah pemenang anugerah Nik Amir Mustapha, filem pengembaraan ini mengisahkan empat rakan sekolah menengah yang cuba membuat filem tentang UFO dan makhluk asing. Filem ini dibintangi pelakon pemenang anugerah Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Sharifah Amani, dan Siti Saleha. Filem ini juga memenangi tiga anugerah daripada 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27.

Police Story 3: Super Cop

Untuk menambah perisa aksi, Police Story 3: Super Cop juga akan disajikan. Barisan pelakon termasuk #AnakMalaysia tercinta Tan Sri Michelle Yeoh, disamping pelakon lagenda Jackie Chan. Filem ini mengisahkan tentang seorang detektif Hong Kong yang bekerjasama dengan pengarah Interpol untuk melawan sindiket dadah dari China.

Kesemua senarai tontonan ini, serta kebanyakkan filem tempatan yang lain di bawah koleksi #AnakMalaysia, bakal disajikan secara percuma buat kali pertama di dalam  platform penstriman video.

Dalam tempoh yang mencabar pada waktu ini, rakyat Malaysia boleh kekalkan semangat patriotik dengan hanya berada di rumah sambil menonton koleksi #AnakMalaysia di aplikasi iQIYI atau di www.iQ.com/AnakMalaysia

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post