Cara Mohon Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

mohon sekolah menengah agama pahang 2021

Berita baik murid darjah 6 yang akan memasuki sekolah menengah mulai tahun 2021. Permohonan kemasukan Tingkatan Satu bagi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang sesi 2021 akan dibuka mulai 2 November 2020.

Terutamanya bagi anak Pahang dan jika berminat untuk memasuki Sekolah Menengah Agama (SMAN) dan ini antara peluang untuk anak-anak belajar lebih mendalam tentang agama Islam disamping kurikulum harian.

Saya antara alumni SMAN Pahang iaitu di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah yang terletak di daerah Temerloh bermula dari tingkatan 1 lagi. Jadi jika orang Temerloh terutamanya, anda boleh mohon di sekolah ini yang sudah pastinya tidak jauh daripada tempat tinggal anda. Sekolah juga dekat bandar, best!

Sekolah ini antara yang terbaik di daerah Temerloh dan juga antara yang terbaik bagi kesemua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Jangan la segan silu untuk memohon nanti.

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Tahun 2021

Di Pahang sahaja, terdapat 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri tetapi hanya 17 sahaja sekolah yang menerima murid bermula dengan tingkatan 1. Senarai sekolah tersebut adalah :

  1. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan
  2. Sekolah Menengah Agama al-Attas, Pekan
  3. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan
  4. Sekolah Menengah Agama Maran
  5. Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran
  6. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh
  7. Sekolah Menengah Agama Al Wosto
  8. Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut
  9. Sekolah Menengah Agama Al-Basriah, Jerantut
  10. Sekolah Menengah Agama Al-Maidah, Padang Tengku
  11. Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Diniah, Dong, Raub
  12. Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam Raub
  13. Ma'ahad as-Sultan Haji Ahmad Shah ad-Dini, Bandar Jengka
  14. Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong
  15. Sekolah Menengah Agama Rompin
  16. Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah
  17. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan
  18. Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah, Guai, Temerloh

Cara Memohon

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Tahun 2021 dibuka bermula 2 November (Isnin) sehingga 20 November 2020 (Jumaat). Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja dengan klik pautan dibawah

esma.pahang.gov.my/Icon/button

Tarikh Penting

  • Tarikh buka permohonan : 2 November 2020 (Isnin)
  • Tarikh tutup permohonan : 20 November 2020 (Jumaat)
  • Tarikh semak panggilan Temu Uji : 7 Disember 2020 (Isnin)
  • Tarikh Temu Uji : 12 Disember 2020 (Sabtu)

Selepas mohon online, salinan slip permohonan "online" hendaklah dihantar ke sekolah dipohon bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Kad pengenalan pemohon, ibu, bapa / penjaga
  • Surat beranak pemohon
  • Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)
  • Sijil lain yang berkaitan
  • Surat pengesahan bermastautin (jika berkaitan)
  • Surat pengesahan majikan (jika berkaitan)

Syarat Permohonan

Murid yang ingin memohon kemasukan 2021, mestilah penuhi syarat-syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Pemohon/Ibu/Bapa lahir di negeri Pahang (anak kelahiran Pahang diutamakan) atau
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Pegawai Daerah/Penghulu Mukim atau
  5. Kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat di negeri Pahang. Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan perlu dikemukakan
  6. Tamat tahun 6 di sekolah bantuan penuh kerajaan atau setaraf dengannya

Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini kepada orang lain supaya lebih ramai tahun akan permohonan kemasukan tingkatan satu sekolah menengah agama negeri pahang untuk tahun 2021 ini.

4/Post a Comment/Comments

  1. Sesiapa yang berminat dan berniat,boleh dikhabar-khabarkan.

    ReplyDelete
  2. Boleh dipanjang-panjang berita ni, terima kasih infonya..

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan ibu bapa yang berhasrat untuk hantar anak ke sekolah menengah agama tidak terlepas pandang peluang ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post