Jom Undi Pemilihan Nama Dan Logo Baru Bagi Pasukan Bola Sepak Pahang

undi pemilihan nama dan logo baru pahang fc

Pihak pengurusan Bola Sepak Pahang telah membuka undian bagi memilih nama dan logo baru bagi pasukan Pahang untuk digunakan pada musim baru kelak.

Kita sedia maklum, pasukan bola sepak yang ingin bersaing di peringkat liga atasan perlulah di swastakan dan bukan lagi bergantung kepada pengurusan kerajaan Negeri. Jadi baru-baru ini pihak FAM telah mewajibkan penswastaan bagi semua pasukan bola sepak profesional termasuk Pahang.

Jika sebelum ini, pasukan bola sepak Pahang menggunakan nama Pahang FA dan sudah pastinya selepas ini nama tersebut tidak menggunakan lagi FA sebaliknya bertukar kepada FC (Football Club). Seiring dengan itulah, pihak pengurusan ingin mencari sebuah nama baru dan logo bagi pasukan Pahang yang bakal digunakan untuk musim hadapan. Untuk logo Pahang tahun 2021.

BACAPengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur Bagi Tahun 2020

Jadi baru-baru ini, pihak pengurusan telah melancarkan pertandingan mencipta nama dan logo bagi pasukan Pahang melalui posting di facebook Pahang FA. Sejak itu, mereka telah menerima sebanyak 570 penyertaan dan telahpun melakukan saringan daripada kesemuanya. LOGO dan NAMA yang terpilih sudah pun dipaparkan di laman web, apps dan juga media sosial untuk proses undian pula.

6 Pilihan NAMA dan LOGO Baru Bagi Pasukan Pahang

Jadi kepada peminat dan penyokong pasukan PAHANG, anda sudah boleh mengundi bagi nama dan logo yang anda rasakan menarik untuk digunakan. Proses undian ini bermula 30 Oktober 2020 sehingga 1 November 2020 (5 Petang).

Senarai Pilihan Logo Pasukan Pahang

logo baru pahang fc

Peserta : Aliff  Helmi Ismail
Nama Pasukan : Mahkota Pahang FC

logo baru pahang fc

Peserta : By Mossa Emmetuddin Kazaruddin
Nama Pasukan : Pahang FC

logo baru pahang fc

Peserta : Iqwan Alif Jaafar
Nama Pasukan : Pahang FC

logo baru pahang fc

Peserta : Fazrul Nizam Kamarazman
Nama Pasukan : Sri Pahang FC

logo baru pahang fc

Peserta : Mohd Amirul Akashah
Nama Pasukan : Pahang FC

logo baru pahang fc

Peserta : Aliff Helmi Ismail
Nama Pasukan : Mahkota Pahang FC

Undian Melalui Website

Cara pertama, anda boleh mengundi melalui laman sesawang Pahang FA iaitu di www.pahangfa.com.my/vote dan anda tekan "VOTE" untuk pilih mana-mana yang anda rasakan menarik.

Undian Melalui Aplikasi

Untuk cara kedua, anda boleh undi melalui aplikasi FA. Muat-turun aplikasi di Google Play Store dan Apple App Store terlebih dahulu kemudian ikut arahan seperti di dalam gambar dibawah

undi logo baru pahang fc

Jadi tunggu apa lagi rodong-rodong. Moh undi mana logo hak smart dan nama sedap sikit. Koi undi Logo Sri Pahang FC oleh Fazrul Nizam Kamarazman tapi kalau boleh tukar nama jadi Pahang FC. Selamat maju jaya!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post