Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh, Ghalit Steak Hub

Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh, Restoren Ghalit Steak Hub

Kalau mana orang Temerloh atau sekitarnya tak tahu lagi, ada sebuah restoren baru yang baru dibuka. Nama pun nice juga, Ghalit Steak Hub. 

Sebenarnaya restoren ini merupakan cawangan terbaru daripada Ghalit Steak Hub yang ada di Kuantan. Jadi sekarang nak makan steak tak perlu pergi Kuantan, di Temerloh pun dah ada. Ghalit ni bahasa Temerloh dengan maksud lebih kurang terlalu fokus la.

Jika di Kuantan, Ghalit Steak Hub dibuka di 2 cawangan di Tanjung Lumpur dan jika di Temerloh ianya dibuka di kawasan kedai baru di Taman Chengal. Jadi aku sempat la singgah di sana buat pertama kali baru-baru ini selepas ianya dibuka pada Oktober yang lepas kot.

Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh, Ghalit Steak Hub

Antara daya tarikan Ghalit Steak Hub ini adalah mereka menyediakan menu daging wagyu untuk golongan bangsawan. Di Temerloh rasanya, sini lah satu-satunya yang menjual daging premium ni. Nak cuba boleh datang sendiri dengan harga permulaan RM980/kg. Jangan risau, mereka ada jual keping-keping berat lebih kurang 100-200 g sahaja.

Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh, Ghalit Steak Hub

Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh, Ghalit Steak Hub

Selain itu, restoren ini menyediakan kawasan makan yang selesai, santai atau hispter la orang cakap. Juga disediakan penghawa dingin bagi keselesaan pelanggan. Deko dengan lampu yang cantik dan sebagainya. Tapi bagi aku, Ghalit Steak Hub ni macam kosong sikit deko ni atau mungkin kedai baru buka lagi kan di Temerloh ni.

Biasa hujung minggu malam akan full house. Tapi jangan risau, ada disediakan ruang menunggu dengan sofa yang selesa untuk anda rehat sambil menunggu pelanggan lain siap menikmati juadah mereka. Jangan risau, semua boleh datang.

Ghalit Steak Hub

Lokasi Ghalit Steak Hub di Temerloh terletak di Taman Chengal depan sikit daripada KFC 24 Jam. Mereka beroperasi setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 11.30 pagi sehingga 11 malam. Menu yang disediakan adalah sama dari pagi hingga malam. Jika nak buat tempahan, boleh hubungi PIC di talian 0123397822.

Rasa Sendiri Makanan Di Ghalit Steak Hub

Selain western food, mereka juga ada sediakan masakan panas. Selain daging wagyu, ada je nasi goreng, mee goreng dan chicken chop. Menu best seller disini adalah Ghalit Special Talam tapi aku tak sempat la nak cuba.

Aku sekeluarga sempat rasa Nasi Goreng Chicken Chop, Chicken Grill dan Nasi Goreng Udang. Walaupun harga yang diletakkan mungkin sedikit tinggi daripada kedai lain, aku boleh cakap Nasi Goreng Chicken Chop dia berbaloi dengan harga.

chicken chop ghalit steak hub temerloh

chicken grill ghalit steak hub

Dengan harga RM20.90, anda dapatkan portion nasi goreng yang boleh dimakan 2 orang dan rasanya pun sedap. Untuk Chicken Chop pula sedap, garing dan sedap dimakan bersama sos black paper dan sos cili. Boleh katakan portion Nasi Goreng disini sangat banyak seperti Nasi Goreng Udang. Boleh makan 2 orang dan udang pun tak kedekut.

Berikut antara harga menu yang sempat aku snap di Ghalit Steak Hub Temerloh. Ada menu pasta, burgers, minuman dan banyak lagi. Mango kek pun ada tau. Seperti yang diberitahu, harga mungkin mahal sikit tapi ikut pengalaman dari di order, berbaloi dengan harga la. 

Sekali sekala datang dengan keluarga makan sama-sama, apa salahnya kan melabur sikit untuk makanan.

menu Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh, Ghalit Steak Hub

menu Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh, Ghalit Steak Hub

Steak Hub

Seperti yang diberitahu, tarikan menarik adalah menu daging premium Wagyu. Antara menu yang disediakan Wagyu Tenderloin, Wagyu Ribeye, Wagyu Striplon, Black Angus Pure Tenderlon, Black Angus Pure Striploin dan banyak lagi.

wagyu ghalit steak hub temerloh

wagyu ghalit steak hub temerloh

Untuk orang Temerloh, boleh singgah sini cuba sendiri menu-menu yang disediakan. Kalau orang luar Temerloh dan nak cari tempat premium untuk makan malam pun boleh datang di Ghalit Steak Hub, Temerloh. Lepas ni boleh masukkan lagi senarai tempat makan menarik ada di Temerloh.

3/Post a Comment/Comments

  1. Daging wagyu memang mahal. Dengarnya kalau kita makan, cair di mulut...tak boleh bayangkan sebab biasanya yang cair di mulut tu macam german cookies atau biskut-biskut lain.

    ReplyDelete
  2. nice n bole cuba but not so soon. perhaps one day..when i go there hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post