Drama Perempuan Tanpa Dosa Disambung Untuk Seminggu lagi!

Drama Perempuan Tanpa Dosa Disambung Untuk Seminggu lagi!

Tak tahu la nak cakap berita baik atau berita geram ni. Manakan tidak, drama Perempuan Tanpa Dosa disambung untuk seminggu lagi. Ianya tidak tamat pada episod 28.

Keputusan ini diumumkan pengarah drama ini sendiri Michael Ang bersama-sama salah seorang pelakon, Uqasha Senrose di dalam program MeleTOP pada selasa sebelum ini.

Jika mengikut perancangan awal, drama Perempuan Tanpa Dosa ini akan berakhir pada episod 28, tetapi selepas mendapat sambutang yang baik daripada penonton, Michael Ang membuat keputusan untuk sambung seminggu lagi drama ini dengan olah daripada beliau sendiri sehingga ke episod 33.

Dalam posting di Instagram, Michael Ang ada bagi hint sedikit bagaimana minggu akhir ini akan berakhir..

“Setiap insan tak boleh lari dari DOSA dan TAKDIR! Yang Putih tak sentiasa kekal Putih. Kadang2 bila kehilangan org yg paling kita cintai Akan memakan diri kita sediri. Kadang-kadang maut Akan tiba tanpa mengira waktu Dan tempat”

Trailer Minggu Akhir Perempuan Tanpa Dosa

Pada 19 November (khamis) yang lepas merupakan tarikh yang sepatutnya drama ini tamat, tetapi ianya telah disambung untuk seminggu lagi. Jadi hari ini, pengarah terkenal tersebut telah belanja kita semua trailer untuk minggu akhir Perempuan Tanpa Dosa

Anak Lily hilang sebab Usu bawa lari? Rizal cerai Lily? Sudah la weh... Tambahnya lagi, Michael Ang bagi tahu apakah yang dimaksudkan dengan "Perempuan Tanpa Dosa" pada minggu akhir ni. 

Waktu Siaran

Drama Perempuan Tanpa Dosa ini akan disambung seminggu lagi. Ianya masih bersiaran pada Isnin hingga Khamis, jam 10 malam melalui slot MegaDrama di Astro RIA dan RIA HD. Anda juga boleh strim melalui Astro GO.

BACA : Saksikan Semua Episod Drama Perempuan Tanpa Dosa Disini

Jadi jangan lupa saksikan extended version Perempuan Tanpa Dosa bermula 23 November ini.

Tonton Episod Sambungan

Perempuan Tanpa Dosa Episod 29

Perempuan Tanpa Dosa Episod 30

Perempuan Tanpa Dosa Episod 31

Perempuan Tanpa Dosa Episod 32 

Perempuan Tanpa Dosa Episod 33 (Episod Akhir)

1/Post a Comment/Comments

  1. sempat lagi shoot drama, ingatkan dah nak tamat episod 28 .. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post