Twitter Mula Menawarkan Fungsi Story Yang Diberi Nama "Fleet" Kepada Semua

Twitter Mula Menawarkan Fungsi Story Yang Diberi Nama Fleet Kepada Semua

Twitter datang lagi dengan kemaskini ciri terbaru apabila hari ini ramai pengguna Malaysia telah menerima fungsi Story yang diberi nama Fleet.

Kalau anda perasan, fungsi story ini pada awalnya diperkenalkan oleh aplikasi Snapchat dimana pengguna boleh post teks, gambar atau video dan dalam masa 24 jam ianya akan hilang. Kemudian fungsi ini dibawa ke Instagram yang dipanggil Insta Stories. Kemudian barulah masuk ke Facebook dan Whatsapp.

Kini fungsi 'story' tersebut telah menjangkiti pula Twitter yang juga dikenali sebagai Fleet. Fungsi Fleet ni masih sama seperti di platform media sosial yang lain. Anda boleh post teks, gambar dan video dan kemudiannya selepas 24 jam ianya akan hilang. Anda juga boleh berinteraksi terhadap fleet rakan-rakan anda juga.

Fleet Di Twitter

Twitter Mula Menawarkan Fungsi Story Yang Diberi Nama Fleet Kepada Semua

Fleet ini pada awalnya sudah diperkenalkan lebih awal sebelum ini bagi beberapa negara untuk pengujian. Dalam masa tersebut, Malaysia bukan salah satu negara yang menerima pengujian khas tersebut.

Tetapi baru-baru ini, secara rasmi Twitter telah memaklumkan dimana Fleet akan dilepaskan kepada semua pengguna Twitter di seluruh dunia.

Jadi hari ini, nampaknya ada berita gembira untuk pengguna Twitter di Malaysia apabila rata-rata telah menerima tawaran Twitter Story ini. Untuk dapatkan ciri ini, anda hanya perlu kemaskini aplikasi Twitter sama ada Android atau iOS anda kepada versi terbaru.

BACA : 5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter

Fleet ini hanya didatangkan kepada aplikasi sahaja dan tiada pada Twitter Web. 

Twitter Mula Menawarkan Fungsi Story Yang Diberi Nama Fleet Kepada Semua

Jadi inilah fleet pertama daripada aku. Selamat ber Twitter Fleet!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post