Terima Kasih Pizza Hut! Dapat Rasa Cheesy Poppers Pizza

Terima Kasih Pizza Hut! Dapat Rasa Cheesy Poppers Pizza

Awalnya nak ucap Terima Kasih kepada Pizza Hut sebab belanja Cheesy Poppers. Dapatlah merasa walaupun dah lama nampak iklan di sana sini. hehe

Sekarang antara menu istimewa daripada Pizza Hut adalah Cheesy Poppers Pizza iaitu gabungan antara pizza bersama-sama chicken pops atau bebola ayam beserta hirisan daging dan disalut dengan sos keju yang manis dan menyelerakan.

Terima Kasih Pizza Hut! Dapat Rasa Cheesy Poppers Pizza

Untuk rasa, serius sedap gabungan yang dibuat. Anda boleh ambil seketul-sekutul bebola yang dibuat atau anda boleh makan dalam bentuk pizza yang dipotong 1 slice dengan 2 bebola. Walaupun ianya sudah disalut dengan cheesy tetapi Pizza Hut ada bagi extra cheese sauce tau. Kalau rasa tak cukup, anda boleh colek lagi.

Tapi kurang dia, iklan tak sama macam realiti la. haha Tak boleh pun tarikh cheese tu panjang-panjang. Tapi nasib baik rasa sedap

Beli Cheesy Poppers Combo

Jadi sebelum ini, saya beli menu Cheesy Poppers Combo dimana anda akan dapat pizza with extra cheese, fries dan juga 2 minuman bikarbonat. Kemudian saya tambah add-on untuk sup cendawan. Untuk harga keseluruhan adalah RM48.80 sahaja. Jika anda ingin dapatkan ala-carte untuk Cheesy Poppers Pizza sahaja, sekarang ada diskaun 20% iaitu RM30.65 (Harga asal RM34).

Terima Kasih Pizza Hut! Dapat Rasa Cheesy Poppers Pizza

Bukan itu sahaja, Pizza Hut juga ada buat potongan diskaun untuk beberapa menu lain. Anda boleh tengok kesemua menu di pautan Promos www.pizzahut.com.my

Buat Pesanan

Untuk buat pesanan, sekarang ada cara lebih mudah. Jika sebelum ini, anda perlu buat pesanan atau order melalui website Pizza Hut sahaja, tetapi kini tidak lagi. Sekarang Pizza Hut ada menyediakan cara yang lebih mudah iaitu buat pesanan mengguna Whatsapp sahaja.

Itulah cara yang saya gunakan untuk buat pesanan sekarang. Cara ini lebih mudah dan pantas. Anda tak perlu lagi bukan komputer nak beli Pizza. Anda boleh terus menggunakan telefon pintar anda sahaja. Arahan yang diberikan pun cukup mudah difahami.

Terima Kasih Pizza Hut! Dapat Rasa Cheesy Poppers Pizza

Sebelum ini, saya ada kongsikan pengalaman sendiri bagaimana buat pertama kali saya order pizza guna Whatsapp sahaja. Ini sudah kali ke-2 saya gunakan. Tiada masalah pun. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh baca sini cara order Pizza Hut guna Whatsapp.

Akhir sekali, saya nak ucap terima kasih sekali lagi kepada Pizza Hut sebab belanja saya dan keluarga. Nanti belanja la lagi. Btw Cheesy Poppers Pizza sedap betul!

6/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post