ABPBH33; Haqiem Rusli Dinobatkan Sebagai Bintang Paling Popular Dan Ikuti Senarai Penuh Pemenang

Tahniah Haqiem Rusli Dinobatkan Sebagai Bintang Paling Popular Dan Ikuti Senarai Pemenang ABPBH 33 (2020)

Tahniah Haqiem Rusli, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2020 selepas memenangi 2 anugerah lain pada malam tersebut. Tahniah juga kepada semua pemenang bagi kategori masing-masing.

BACA : Senarai Pemenang ABPBH 2019

Walaupun dalam keadaan PKPB, acara berprestij seperti ABPBH ini berjaya dilaksanakan dalam keadaan SOP yang ketat. Ini buat pertama kali, anugerah ini berlangsung dengan ketiadaan penonton. Yang ada pun penonton virtual dari depan laptop.

Tahniah Haqiem Rusli Dinobatkan Sebagai Bintang Paling Popular Dan Ikuti Senarai Pemenang ABPBH 33 (2020)

Tahniah Haqiem Rusli Dinobatkan Sebagai Bintang Paling Popular Dan Ikuti Senarai Pemenang ABPBH 33 (2020)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ke-33 tahun 2020 membawa tema #ABPBHKITA2020 yang juga telah berlangsung di Axiata Arena. Peminat semua boleh menonton dari pelbagai platform. Secara rasmi tayangan di TV3. Selain itu, boleh strim di TONTON, Youtube TV3Malaysia, Youtube BH dan terbaru juga ditayangkan di aplikasi TikTok. Padu beb!

Tiada sorakan peminat tetapi masih disajikan dengan pelbagai persembahan pentas iaitu sketsa dengan juga nyanyian. Antara artis yang terlibat ialah Syamsul Yusoff, Khil Rahman, Man, Joey, Aina Abdul, Tomok, Naim Daniel, Elly Mazlin, Faizal Tahir dan ramai lagi. Penyampaian trofi juga di ambil sendiri oleh pemenang. Ikut SOP.

Tahniah Haqiem Rusli Dinobatkan Sebagai Bintang Paling Popular Dan Ikuti Senarai Pemenang ABPBH 33 (2020)

Acara gah ini tidak lengkap tanpa kehadiran pengacara. Malam tersebut, acara ABPBH Ke-33 ini disajikan dengan teletah Nabila Huda dan Dato AC Mizal. Sentiasa amalkan penjarakan fizikal kot setiap masa. 

Senarai Pemenang ABPBH 33 Tahun 2020

Tahun 2020, ABPBH mempertandingkan 15 kategori utama dan 5 kategori online beserta anugerah khas sepanjang zaman dan juga anugerah bintang paling popular. Haqiem Rusli telah menerima sebanyak 22 juta lebih undian mengalahkan artis lain sekali gus membawa pulang kereta Nissan Leaf. Jadi jom kita tengok senarai penuh pemenang.

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular
Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)

Gandingan Serasi Filem Popular
Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)

Lagu Paling Boom
Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Artis Kontroversi Popular
Aiman Tino

FC FANtastik Popular
Siti Nordiana FC

Tahniah Haqiem Rusli Dinobatkan Sebagai Bintang Paling Popular Dan Ikuti Senarai Pemenang ABPBH 33 (2020)

Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular
Chubb-E

Artis Baharu Wanita Popular
Isyariana

Pengacara TV Popular
Sherry Al Hadad

Penyampai Radio Popular
DJ Lin

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia
Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia
Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Khai Bahar & Siti Nordiana

Artis Versatil Popular
Siti Nordiana

Artis Komedi Popular
Sherry Al Hadad

Pelakon Filem Lelaki Popular
Zahiril Adzim

Pelakon Filem Wanita Popular
Mawar Rashid

Pelakon TV Lelaki Popular
Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular
Siti Saleha

Anugerah Sepanjang Zaman
Fransisca Peter

Bintang Paling Popular ABPBH 33
Haqiem Rusli


sumber : berita harian, instagram tv3

1/Post a Comment/Comments

Post a comment

Previous Post Next Post