Kerajaan Pahang Mengumumkan Untuk Menukar Beberapa Nama Tempat Di Seluruh Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Mengumumkan Untuk Menukar Beberapa Nama Tempat Di Seluruh Negeri Pahang

Melalui kenyataan daripada facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang, terdapat beberapa nama tempat di seluruh negeri Pahang akan akan ditukar namanya.

Dalam senarai yang dikeluarkan terdapat 13 nama tempat yang terlibat dan telah melibatkan 3 daerah iaitu Kuantan, Rompin dan Lipis. Ada yang melibatkan mercu tanda bangunan, nama jalan, pusat pelancongan dan sebagainya.

Jadi untuk ketahui lebih lanjut, jom kita tengok 13 nama tempat yang terlibat dimana Kerajaan pahang telah memutuskan untuk menukar nama-nama tempat tersebut.

Senarai Nama Tempat Yang Ditukar Bagi Seluruh Negeri Pahang 

Kerajaan Pahang Mengumumkan Untuk Menukar Beberapa Nama Tempat Di Seluruh Negeri Pahang

Kerjaan Pahang telah memutuskan untuk menukar nama-nama tempat di negeri Pahang seperti berikut :

1.  Menara Teruntum, Kuantan ditukarkan kepada Menara Kuantan 188

2.  Perkampungan Tenun Pahang DiRaja, Kuantan kepada Perkampungan Kraf DiRaja Al-Sultan Abdullah

3.  Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi, Pekan kepada Perkampungan Kraf DiRaja Tunku Azizah

4.  Kampung Sungai Deraka, Kempadang 2-5 dan Kempadang Utama, Kuantan kepada Pinggiran Putra 1

5.  Kampung Permatang Gaharu dan Kempadang Permai, Kuantan kepada Pinggiran Putra 2

6.  Kampung Pak Mahat, Kempadang Sejahtera dan Kempadang Makmur 1-3, Kuantan kepada Pinggiran Putra 3

7.  Kempadang Makmur dan Kempadang Aman, Kuantan kepada Pinggiran Putra 4

8.  Taman Negeri Endau Rompin kepada Taman Negeri Rompin, Pahang

9.  Jalan Silang, Lipis kepada Jalan Tan Sri Abd Razak

10.  Pasir Kubur Sungai Lembing, Kuantan kepada Pasir Puteri

11.  Tanjung Gemok, Rompin kepada Teluk Gading

12.  Terminal Feri Penumpang Tanjung Gemok, Rompin kepada Tioman Harbour

13.  Kawasan Perindustrian Kechau Tui, Lipis kepada Kawasan Perindustrian Padang Tengku

sumber : [Kerajaan Negeri Pahang]

3/Post a Comment/Comments

  1. Wah, banyak tempat pakai nama baru 🧐

    ReplyDelete
  2. baru tau kat kuantan ada menara kuantan 188 tuh

    ReplyDelete
  3. byk juga yg tukar nama. jadi pening juga nak ngingatnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post