Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Tahun 2022

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Terbaru Bagi Tahun 2020

Jika anda mempunyai akaun Bank Islam, apa kata anda daftar juga perbankan internet Bank Islam dan anda boleh buat secara online sahaja.

Sekarang di era digital kita boleh lakukan banyak perkara dihujung jari terus dari rumah sahaja. Anda tak perlu lagi beratur panjang di bank bagi urusan perbankan. Ianya boleh dibuat secara online sahaja. Pastikan ada peranti iaitu smartphone atau laptop dan juga sambungan internet.

BACACara Semak Baki Akaun BSN Melalui Online Dan SMS Dengan Mudah

Bank Islam juga ada menyediakan khidmat perbankan secara online (internet banking) melalui BankIslam.biz. Jadi banyak perkara anda boleh settlekan terus daripada telefon anda sahaja. Antara yang anda boleh lakukan melalui perbankan online Bank Islam adalah :

  • Semak baki akaun simpanan
  • Buat bayaran secara online
  • Pindah wang ke akaun bank lain
  • Bayar bil
  • Tabung Haji
  • DuitNow
  • Topup
  • JomPay dan banyak lagi

Selain itu, pendaftaran internet banking ini juga adalah percuma. Anda juga boleh selesaikan menggunakan laptop atau telefon anda sahaja.

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online

Untuk mulakan pendaftaran ini, perkara penting untuk anda perlukan adalah nombor kad bank ATM dan juga no pin ATM anda. Jika sudah ada, anda boleh teruskan dengan tutorial dibawah.

Langkah 1 : Pergi ke laman web www.bankislam.biz dan klik "First Time User"

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Terbaru Bagi Tahun 2020

Langkah 2 : Kemudian "tick" pada kotak "I have read and understood..."

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Terbaru Bagi Tahun 2020

Langkah 3 : Pilih "Bank Islam ATM Card/Debit Card" dan klik "Continue"

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Terbaru Bagi Tahun 2020

Langkah 4 : Masukkan "nombor ATM Kad" anda (16 nombor yang berada di depan kad debit anda) beserta "nombor pin ATM" yang telah anda tetapkan

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Terbaru Bagi Tahun 2020

Langkah 5 : Masukkan segala butiran peribadi anda seperti User ID, Password, emel, pilihan gambar dan 3 soalan beserta jawapan bagi urusan privasi kelak. Anda kena ingat semua butiran ini tau.

Jika sudah selesai, klik "Submit"

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Terbaru Bagi Tahun 2020

Langkah 6 : Anda perlu semak 2 kali segala butiran anda tersebut sebelum proses pendaftaran selesai.

Jika sudah selesai semuanya. Proses anda berjaya dan anda boleh mula Log In di internet banking Bank Islam anda di www.bankislam.biz seperti biasa. 

Gunakan User ID dan Password yang anda telah tetapkan sebentar tadi.

Cara Daftar Perbankan Internet Bank Islam Secara Online Terbaru Bagi Tahun 2020
Dalam sebulan, pastikan anda Log In sekali mengelakkan daripada perbankan internet Bank Islam anda ini expired. Kalau expired anda kena hubungi pihak Bank Islam (03-26900900) untuk reset dan daftar semula.

1/Post a Comment/Comments

  1. dah tutup akaun bank Islam sbb dulu duit dlm akaun dicuri org utk byr bill autodebit astro. sakit hati tul. terus senarai-hitam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post