COVID-19 : Sila Buat Saringan Jika Bergejala Selepas Pergi Ke Semua Cawangan Restoren Taj Kuantan

COVID-19 : Sila Buat Saringan Jika Bergejala Selepas Pergi Ke Semua Cawangan Restoren Taj Kuantan

Perhatian kepada warga Kuantan khususnya dan orang ramai amnya! Sila pergi ke buat saringan penilaian risiko COVID-19 jika anda ada mengunjungi atau pergi ke mana-mana cawangan Restoren Taj baru-baru ini.

Peringatan ini dikeluarkan oleh bilik Geraka COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan semalam. Mereka menasihatkan mana-mana individu yang bergejalan sahaja seperti demam, batuk dan sakit tekak selepas pergi ke restoren tersebut untuk tampil membuat saringan.

Jika anda pernah pergi ke Restoren Taj di daerah Kuantan pada 30 November 2020 sehingga 9 Disember 2020 dan bergejala, sila ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota untuk saringan risiko COVID-19.

Sila Buat Saringan Jika Bergejala Selepas Pergi Ke Semua Cawangan Restoren Taj

Disana akan disediakan saringan secara pandu lalu (drive-thru) iaitu bermula pada 16 & 17 Disember 2020 (Rabu dan Khamis) dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Selain itu, sebelum anda datang, sila pastikan anda memaka pelitup muka dengan betul dan sempurna dan sila bawa pen sendiri.

BACAPKPB Ditamatkan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Diganti bermula 10 Jun Ini

Untuk maklumat anda, saringan ini hanya saringan awal untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Jadi sila beri kerjasama kepada pihak berwajib dan kita harus bekerjasama bagi mengelakkan penularan dan putuskan rantaian COVID-19 ini.

Untuk rekod, kini terdapat 4 Kluster di daerah Kuantan yang masih aktif dan berisiko berlaku penularan dalam kalangan komuniti iaitu Kluster Atabara, Kluster Inten (di sekitar kawasan Indera Mahkota), Kluster Kuala (di sekitar kawasan pusat bandar) dan Kluster Kristal (di sekitar Sg. Karang Darat).

Janganlah naikkan lagi bilangan kes di Pahang ni wehhh... walaupun nasi beriyani ayam goreng dia sedap

sumber : [Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan]

1/Post a Comment/Comments

  1. Pahang sebelum ni zero cases tapi tu la virus ni tak bergejala dan tak kelihatan siapa sahaja ada potensi sebagai pembawa dan di jangkiti. Semoga ianya akan segera berakhir dan kembalikan kehidupan kita yang normal, aamiin

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post