Betul Ke Sos Cili Swiss Bear Sama Dengan Sos Cili McDonalds?

Betul Ke Sos Cili Swiss Bear Sama Dengan Sos Cili McDonalds?

Benda ni saya mula cari dari tahun lepas lagi dan rata-rata memberikan jawapan Sos Cili Swiss Bear ni sama rasa dengan Sos Cili McDonalds. Tapi betul ke?

Walaupun benda dah timbul persoalan dalam tempoh yang lama tapi masih tiada jawapan yang solid. Ada yang kata sama, ada yang kata tak sama pun rasa. Jadi untuk nak tahu betul ke tidak, apa kata beli je terus sos cili swiss bear tu.

Berdasarkan rasa dan tekak saya sendiri, antara sos cili restoren segera yang paling sedap adalah sos cili McD. Ianya menawarkan rasa pedas yang cukup dan rasa yang sedap bila dimakan bersama dengan Ayam Goreng McD, fries dan juga burger McD.

sos kfc, mcd, texas, marrybrown

Jika di KFC, mereka menggunakan sos jenis Life, jika di Texas Chicken mereka menggunakan sos jenis Kimball dan di Marrybrown juga menggunakan sos jenis Kimball tetapi sos di McD tiada siapa yang tahu.

BACA : Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Sos Life, Kimball anda boleh dapatkan dipasaran seperti biasa tetapi sos yang digunakan oleh McDonalds tiada dalam pasaran. Jadi kalau anda makan take-away atau drive-thru, kalau sos dalam pek yang diberi tidak cukup dah tak boleh tambah kan berbeza dengan KFC dan Texas yang anda boleh dapatkan sos cili daripada kedai-kedai runcit.

Cari Sos Yang Sama Dengan Sos Cili McDonalds. Adakah Swiss Bear?

Jadi lepas buat carian di google dan juga di twitter, ramai yang kata sos McD memang tidak ada di pasaran serta tidak dijual di kedai-kedai. Tetapi ada 1 jenis sos ini yang katanya sama rasa dengan sos cili McD iaitu sos jenis Swiss Bear.

Dalam masa yang sama juga, ada yang bagi tahu, sos cili ini sama dan ada yang juga bagi tahu sos cili lain rasanya. 

Mereka katakan sos cili Swiss Bear ini sama adalah kerana ianya dikeluarkan daripada syarikat yang sama iaitu Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd. Jika dilihar daripada packaging yang ditulis, YA! ianya memang keluaran daripada syarikat yang sama. Persoalannya adalah sama juga ke rasanya?

sos swiss bear dan sos mcd sedap

Cuba Sendiri Terus!

Jadi daripada mendengar kata-kata orang, saya ambil keputusan untuk beli dan rasa sendiri sos cili Swiss Bear ni. Saya tak pasti di kedai-kedai ada jual ke tidak dan saya rasa ada je, tapi saya malas nak cari. Jadi saya beli secara online sahaja iaitu di Shopee daripada seller drancgrocery dengan harga RM8 termasuk postage untuk berat 1 kg.

Kemudian nak tahu sama ke tidak, kena la cuba dengan menu kegemaran Ayam Goreng McD. Apa lagi, kena la beli sendiri.

Sama Ke Tidak Rasanya?

Jadi selepas mencubanya sendiri, saya boleh katakan Sos Cili Swiss Bear dan Sos Cili McDonalds mempunyai rasa yang berbeza tetapi hampir sama. Bagi saya berdasarkan anak tekak sendiri, sos Swiss Bear boleh dijadikan sos ganti jika sos McD dah habis stok apabila makan dirumah.

Sos cili Swiss Bear dari segi warna ianya berbeza dimana, sos cili McD lebih merah dan lebih likat. Seperti yang diberitahu sebelum ini, sos cili McD rasanya pedas tetapi sos cili Swiss Bear ini masih mempunyai rasa pedas tetapi ada sedikit rasa manis. Tapi bagi saya, ianya tidak menganggu pun. Mungkin sebab itu ianya terus lain daripada rasa sos McD.

sos swiss bear dan sos mcd sedap

Oleh itu pencarian sos McD di pasaran tidak berjaya dan kalau nak juga, kena la minta lebih di kaunter McDonalds sana.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada seller Shopee yang menjual sos cili McD yang pastinya ianya bukanlah secara rasmi tetapi boleh la beli kalau nak. Ianya dijual dalam paket kecil tersebut. Mereka menjual dengan harga 45sen untuk 1 paket sahaja. Kalau nak beli, boleh pergi ke seller celynnhuayinnchow.

Kesimpulannya

Syarikat Kerry Igredients (M) Sdn. Bhd ni memang keluarkan sos cili McD ni khas untuk McDonalds seluruh Malaysia la. Pastinya tiada dijual di pasaran.

Tetapi sebagai peminat sos McD, kalau pihak Kerry Ingredients baca ni, please jual la sos cili di pasaran. Mesti ramai beli dan ramai yang akan order dan makan McD dirumah lagi-lagi musim PKP dan COVID-19 ni. Barulah jalan McDelivery anda nanti. 

Sekian...

2/Post a Comment/Comments

  1. Aduhai dik, akak antara yg suka gila dgn sos cili mcd... kalau beli take away mmg nak sos cili lebih. Betul memang tak jumpa di mana-mana sos cili mcd nih, nape la mereka tak jual kan... exclusive sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sekarang covid19, order online je dan minta sos lebih. tapi tak dapat. sedihh

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post