Aku Decide Beli Microsoft Surface Laptop 3 Untuk Reward Diri Sendiri

aku beli microsoft surface laptop 3

Akhirnya aku buat keputusan untuk beli laptop baru iaitu Microsoft Surface Laptop 3 bagi reward diri sendiri atau self-reward sepanjang tahun 2020 ni.

Pada awalnya memang aku decide nak beli laptop baru untuk ganti laptop lama atas sebab faktor umur dan timbul beberapa masalah. Ada beberapa butang keyboard yang tidak boleh digunakan, performance semakin perlahan dan beberapa faktor lain.

BACA : Review Google Pixel 2 XL | Selepas Sebulan Menggunakannya

Jadi bermula itulah, aku decide untuk dapatkan sebuah laptop baru yang lebih baik untuk kegunaan harian bagi kemaskini artikel dan blog aku. Jadi pemilihan laptop ini semua berdasarkan kerja aku sekarang sekali gus untuk self-reward atas kerja keras menghidupkan blog-blog aku sehingga kini.

Jadi setelah membuat sedikit research di internet dan timba tara, akhirnya aku decide untuk beli jenama komputer riba lain daripada yang pernah guna sebelum ini. Untuk pengetahuan, sebelum ini, aku pernah guna laptop Acer, Asus dan Lenovo. Jadi kali ini kita beli brand lain dari yang lain iaitu Microsoft.

Pembelian Microsoft Surface Laptop 3

Selain daripada operating system, Windows, Microsoft juga ada mengeluarkan peranti sendiri seperti tablet dan laptop. Jadi aku pilih untuk dapatkan model Microsoft Surface Laptop 3.

Laptop ini keluaran Disember 2019, jadi masa aku beli sekitar bulan November 2020. Selepas setahun berada di pasaran, baru aku dapatkan sebuah laptop keluaran Microsoft. 

Kos pelaburan kali ini, aku tutup mata dan pasti kan ianya berbaloi dengan harga la. Macam biasalah, segala pembelian boleh dibuat secara online sahaja dan tempat paling tepat untuk shopping sekarang ini adalah di Shopee atau Lazada.

Jika anda layari laman web rasmi Microsoft Malaysia, mereka menggunakan platform Lazada sebagai kedai rasmi mereka. Anda boleh layari Microsoft Flagship Store untuk dapatkan barangan Microsoft secara sah.

Tapi melalui survey yang dibuat berpandukan spesifikasi dan harga, aku dapat dengan harga yang paling berbaloi di Shopee melalui kedai TMT Thundermatch yang merupakan pengedar rasmi Microsoft. Semestinya boleh dipercayai.

pembelian berbaloi microsoft surface laptop 3

Pada ketika itu, ada sale Black Friday dan Cyber Monday, jadi aku dapatkan Microsoft Surface Laptop 3 dengan harga RM5800 sahaja. Barang yang paling mahal pernah aku beli. haha Tapi pastinya sesuai dengan spesifikasi la, sebab tu aku beli. 

Unboxing Microsoft Surface Laptop 3

Harga tersebut adalah sempena sale sahaja dan sekarang sedikit tinggi tau dengan spesifikasi yang sama. Jadi spesifikasi untuk Microsoft Surface Laptop 3 ini adalah seperti berikut :

Processor Quad-core 10th Gen Intel® Core™ i7-1065G7 Processor
Graphic Intel® Iris™ Plus Graphics
Software Windows 10 Home
Skrin 13.5” PixelSense™
Resolution Resolution: 2256 x 1504
Aspect ratio 3:2
Touch Screen Yes
Dimension 308 mm x 223 mm x 14.5 mm
Berat 1.2 Kg
Memory 16 GB DDR4 RAM
Storage 256 SSD
Wireless WiFi 6 dan Bluetooth 5.0
Security Windows Hello face sign-in
Webcame 720p HD f2.0
Battery Ketahanan sehingga 11.5 jam
Sambungan 1 x USB C, 1 x USB A, port charger dan 3.5 headphone jack
Warna Hitam

Daripada spesifikasi yang disenaraikan, laptop yang aku beli ini adalah variasi yang paling tinggi yang dijual di Malaysia iaitu menggunakan processor 10th Gen i7 bersama-sama 16GB RAM. Jadi sekali gus membuatkan pembelian aku ini adalah berbaloi dengan harga. Sesuai untuk edit video dan edit gambar berat-berat.

Tapi ada kurang sikit adalah, di Malaysia variasi storage paling tinggi adalah 256GB sahaja. Kalau boleh aku nak dapatkan at least 512GB. Tapi tak jual di Malaysia. But for me, masih berbaloi la.

Jadi, dalam kotak, anda akan dapat sebuah laptop berwarna matte hitam, charger, dokumen warranty dan quick start guide. Itu sahaja.

aku beli microsoft surface laptop 3

aku beli microsoft surface laptop 3

Keseluruhan badan laptop ini diperbuat daripada metal, jadi ianya solid dan sedap untuk dipegang. Tradmark logo Microsoft (tingkap) diletakkan di hadapan laptop dengan warna hitam kilat. Serius nampak premium teruk!

Microsoft Surface Laptop 3 mempunyai bezel yang kecil berbanding laptop-laptop lama sebelum ini tetapi ianya bukanlah senipis laptop baru kini. Bagi aku, ianya cukup baik berbanding dengan laptop Lenovo G40 aku sebelum ini.

aku beli microsoft surface laptop 3

Dengan pembelian ini, aku boleh dapatkan warranty selama setahun daripada Microsoft sendiri serta dijana dengan Windows 10 Home original dan Office 365 trial selama sebulan. Aku dah dapat Office 365 life-time secara percuma daripada UMP lagi. Office, Excel, Powepoint semua dah free. Jadi aku terus guna sahaja. 

Untuk kerja dalam gelap pula kini tiada masalah, kerana dengan keyboard yang sedap bagi aku beserta back-light pada keyboard juga membuatkan aku lagi mudah untuk menaip. Selain itu, touchpad juga lebih besar dan boleh digunakan beberapa gesture bagi memudahkan tatalan ketika layari internet terutamanya.

Bunyi yang dihasilkan juga cukup sedap apabila ianya ditanam dibawah keyboard tau. Guna teknologi Dolby® Audio kot. Sedap gila kot.

aku beli microsoft surface laptop 3

Untuk security, Microsoft Surface Laptop 3 ini menggunakan Windows Hello iaitu face recognition yang sangat pantas selain daripada password biasa. Laptop ini hanya menawarkan 2 sahaja sambungan iaitu USB-C dan juga USB-A. Jadi bilangannya agak terhad tapi ianya bukan satu masalah kerana banyak adapter yang dijual sebagai aksesori tambahan.

aku beli microsoft surface laptop 3

Jadi dengan ciri-ciri yang diterangkan di atas, aku rasa pembelian peranti ini berbaloi dengan harga dan berpuas hati untuk self-reward. Ianya lebih kepada penggunaan kerja sahaja, tetapi masih digunakan untuk menonton Netflix, dengar lagu dan lightweight gaming kot (walaupun bukan kaki gaming). 

Alhamdulillah dengan rezeki hasil daripada blog ini, aku mampu untuk dapatkan peranti yang lebih baik untuk tahun 2021 dan pastinya boleh menghasilkan kerja yang lebih baik selepas ini.

Jadi korang bagi apa pada diri sendiri untuk tahun 2020 sebelum ini? Kongsikan di ruangan komen dibawah

11/Post a Comment/Comments

  1. Tahniah kerana berjaya memiliki laptop baharu. Pasti lebih rajin nak menulis blog!

    ReplyDelete
  2. Tahniah beli pun untuk kegunaan ok lah tu

    ReplyDelete
  3. bestnya hadiah untuk diri sendiri tu!

    ReplyDelete
  4. Orang kata kalah membeli menang memakai.
    Amvoiii! nampak premium teruk ya hehehheee...
    Berat 1.2kg kira ringan jugaklah nak bawa ke sana sini sinun eh!

    ReplyDelete
  5. hitam nampak lawak giler. boleh tahan harga berbaloi dengan spesifikasi dia. semoga makin semangat untuk menulis :)

    ReplyDelete
  6. Wow wow, mengancam specs dia..👍🏻✨

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post