Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Grab peluang ini untuk ketahu cara jana pendapatan sampingan melalui affiliate Klikjer sehingga 4 angka dengan mudah dan lumayan. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri selama hampir 3 tahun sertai program ini. Dan sudah berjaya peroleh komisyen sehingga 4 angka.

Sebelum kita mula, saya tunjukkan komisyen terbaru sebagai bukti, anda juga boleh jana pendapatan melalui affiliate Klikjer ini

bayaran klikjer

Setiap hari kita dengar pelbagai masalah tentang mereka tidak cukup pendapatan lagi-lagi di era pandemik dan lockdown. Kadang bukan tidak cukup tetapi hilang pekerjaan. Tidak boleh tidak, kena juga cari sumber pendapatan lain bagi menampung kehidupan seharian.

Dengan permasalahan itu juga, kini timbul solusi iaitu melalui teknologi. Manakan tidak, dengan internet sebenarnya kini kita juga boleh buat duit sampingan. Melalui aplikasi telefon, affiliate, dropship, bussiness online dan sebagainya. Rasanya hampir setiap orang di Malaysia pasti mempunyai telefon pintar di tangan.

BACA : Cara Buat Duit Online Secara Santai Menggunakan 5 Aplikasi

Jadi salah satu cara untuk anda jana pendapatan adalah dengan sertai program affiliate. Apa itu affiliate? Secara asasnya konsep adalah sama seperti dropship. Anda tidak perlu pegang produk dan anda hanya buat jualan sahaja dan peroleh pendapatan melalui komisyen. Inilah yang ditawarkan oleh Klikjer.

Tetapi affiliate Klikjer tidak menawarkan produk fizikal tetapi menjual barangan eBook Perniagaan. Komisyen diperoleh apabila ada mereka yang membeli dengan menggunakan LINK anda. Lagi banyak orang beli, lagi banyak komisyen anda peroleh. Ya, ini semata-semata perniagaan. Bukan skim cepat kaya. Sebab tu saya kongsikan dengan anda.

Jadi Apa Yang Ditawarkan Oleh Klikjer?

Klikjer satu platform jualan eBook Perniagaan. Sehingga kini terdapat lebih 40 jenis eBook yang disediakan. Rata-rata adalah berkaitan perniagaan. Bagaimana anda ingin memulakan sesebuah perniagaan. Jadi eBook ini menawarkan solusinya.

Anda eBook Best Seller setiap bulan seperti Bisnes Shopee, Bisness Makan Delivery, Bisnes Lazada, Bisnes Tudung, Bisnes Air Balang, Bina, Ecommerce, Belajar Saham, Tips Lulus Temuduga Kerajaan pun ada dan banyak lagi. Anda boleh lihat sendiri senarai penuh disini. Jadi, anda hanya promosikan link yang diperoleh sehingga mereka membuat pembelian. 

Kelebihan Platform Klikjer

Tapi mungkin anda dah biasa dengan affiliate dan nak tahu apa kelebihan yang ditawarkan oleh Klikjer ni. Antara yang saya find out kelebihan dan bestnya Klikjer ini adalah:

  • Komisyen adalah sebanyak 50% bagi setiap eBook (Harga eBook RM100, anda peroleh RM50 bagi setiap pembelian)
  • Pembayaran dibuat secara konsisten pada hari ke 4-5 pada setiap bulan (secara automatik)
  • Cookies 30 hari (ini bermakna, jika mereka pernah klik link anda, bila-bila sahaja mereka boleh beli dalam masa 30 hari. Anda tetap dapat komisyen)
  • Setiap eBook yang dijual disediakan Group Support
  • eBook yang uptodate (anda peroleh produk yang uptodate secara percuma)

Menarik bukan?

Lebih menarik lagi, pendaftaran adalah PERCUMA!

Anda boleh buat duit tanpa modal pun. Perlu usaha sahaja!

Jadi bagaimana nak mula? Disini saya akan tunjukkan cara daftar dan cara promosikan link affiliate anda di blog atau laman media sosial anda.

Cara Daftar Sebagai Affiliate Klikjer

Langkah 1:

Anda perlu daftar terlebih dahulu di Homepage Klikjer

Langkah 2:

Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan seperti username, password, nama penuh, alamat, emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan beserta nombor akaun bank bagi tujuan withdrawal kelak. (Maybank, CIMB, RHB atau Public Bank sahaja)

cara daftar affiliate klikjer

Langkah 3:

Klikjer akan menghantar emel bagi tujuan verifikasi. Anda klik pada link yang diberi.

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Langkah 4:

Selesai! Kini anda sudah boleh Log In menggunakan username dan password yang telah ditetapkan sebelum ini.

Cara Promosikan Link Affiliate Klikjer

Cara promosi ini tidak terhad seperti yang saya tunjukkan ini sahaja. Saya kongsikan ini adalah berdasarkan cara yang saya buat selama ini untuk jana pendapatan.

Dalam Klikjer, mereka sediakan 4 cara promosi iaitu melalui:

  • Video
  • Banner
  • Email Links
  • Email Templates

Saya lebih tumpukan kepada Banner dan Email Link sahaja. Banner adalah terhad, kerana ianya boleh dikongsikan di blog sahaja. Manakala email links boleh dibuat promosi di blog dan juga platform media sosial seperti twitter atau facebook.

1.  Promosi Melalui Banner

Anda pergi ke Homepage Klikjer dan klik "Marketing Materials" pada bahagian kiri dan pilih "Banners"

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Jadi disini disediakan senarai eBook yang anda mahu buat promosi. Anda bebas memilih. Sebagai contoh, saya mahu promosi Bisnes Shopee. 

BACA : Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Saya klik pada BisnesShopee.com dan klik Display Banners

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Jadi disini terdapat 4 jenis saiz banner yang anda boleh gunakan dan diletakkan di blog anda. Anda copy Source Code, kemudian buka blog dan pergi Layout > Add a gadget > HTML/JavaScript dan paste code yang anda peroleh tadi.

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Kemudian banner akan terpapar di halaman blog anda. Jika ada yang klik dan buat pembelian, anda peroleh 50% komisyen.

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

2.  Promosi Melalui Email Links

Anda pergi ke Homepage Klikjer dan klik "Marketing Materials" pada bahagian kiri dan pilih "Email Links". Pilih eBook (BisnesShopee.com) dan klik Display Email Links

Kemudian anda copy code "ASCII/Text Version - For use in Plain Text emails" dan paste sama ada di Blog atau di facebook/twitter

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

▸Promosi di Blog

Jika di blog, saya suka buat promosi melalui tanam link di dalam teks atau gambar. Ianya akan membawa terus ke page landing eBook tersebut.

Anda boleh buat promosi dengan menceritakan sedikit kelebihan eBook tersebut. Isi kandungan eBook, apa yang diperoleh atau cara buat pembelian. Pada akhirnya, anda sediakan LINK (mempunyai link affiliate) anda untuk pembelian

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

▸Promosi di Facebook/Twitter

Jika di facebook atau twitter, sama sahaja, anda boleh ceritakan tentang eBook tersebur beserta isi kandungan. Jadikan ianya lebih menarik orang ramai untuk membeli. Pada akhir perenggan, anda boleh letakkan link affiliate anda

Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Kesimpulan

Jadi itulah sedikit sebanyak penerangan cara jana pendapatan tambahan melalui affiliate Klikjer berdasarkan pengalaman sehingga mampu peroleh 4 angka sebulan. Mudah dan lumayan kan? Jika ianya bermanfaat, jangan lupa kongsikan dan share di facebook anda juga.

2/Post a Comment/Comments

  1. Wah baguslah penerangan yang dibuat. Mudah dan senang difahami. Terima Kasih yee :)

    ReplyDelete
  2. Terbaik sharing... mmg dah ada akaun klikjer.. dah dapat komisen sebelum ini tapi skrg sayu jer.. nak kena buat kreatif content tu yang kena perah otak sikit :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post