Saksikan Drama Melastik Ke Hatimu Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Saksikan Drama Melastik Ke Hatimu Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Slot Lestary TV3 diteruskan lagi dengan drama Melastik Ke Hatimu bermula 21 Januari ini bagi menggantikan drama kehidupan sepanjang PKP dan pandemik, Hadiah Dari Tuhan yang ditayangkan sebanyak 13 episod sebelum ini.

Drama Melastik Ke Hatimu ini merupakan drama adaptasi novel bertajuk dengan tajuk yang sama iaitu Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee terbitan tahun 2018. Ianya menceritakan percintaan 'paksa' antara 2 watak yang dibawah oleh Andi Bernadee dan Janna Nick. Gabungan antara pelakon berpengalaman dan juga pelakon baru yang katanya first time join drama.

Tayangan : 13 episod (slot Lestary) TV3 dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Azmi Hatta
Terbitan : Orange Tree Production Sdn Bhd
Pelakon : Andi Bernadee, Janna Nick, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Keyrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Cassia Iman, Noniswara, Afifah Nasir dan ramai lagi

Saksikan Drama Melastik Ke Hatimu Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

OST Drama

Lagu : Pencinta Setiamu
Penyanyi : Usop

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu

Drama Melasti Ke Hatimu mengisahkan Haura (Janna Nick), seorang gadis kilang yang kononnya ‘gangster’ tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar ‘kayu cengal’ oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. 

Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Saksikan Drama Melastik Ke Hatimu Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Saksikan Drama Melastik Ke Hatimu Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Waktu Siaran

Drama Melastik Ke Hatimu akan mula disiarkan bermula 21 Januari 2021 bagi mengisi slot Lestary pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3. 

Jika anda terlepas di kaca tv, anda boleh saksikan secara online melalui aplikasi iQIYI Malaysia atau melalui website www.iq.com pada jam 10 malam iaitu sejurus selepas tayangan di TV habis.

Tonton Semua Episod Drama Melastik Ke Hatimu

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post