Senarai Penuh Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh JAKIM

Senarai Penuh Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh JAKIM

Untuk pengetahuan, ini merupakan senarai penuh logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tahun 2021.

Senarai ini dikongsikan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman facebook rasmi beliau sebentar tadi. Beliau kongsikan senarai penuh logo-logo dan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sehingga 1 Disember 2020, JAKIM telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia. Sebagai Muslim, dengan adanya logo halal ini, kita boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran. Jika sebelum ini dengan isu kartel daging import, pastinya akan membuka lagi mata terutamanya pengguna seperti kita.

BACA : Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia | Sempena Kempen #BMF

Selain itu, dengan adanya logo halal luar negara ini, ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.

Senarai Penuh Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Saya juga pernah ke Perth dan Tokyo, Jepun sebelum ini dan ianya bukan negara Islam. Jadi pastinya kekangan untuk mencari makanan halal itu ada. Tetapi ada juga golongan muslim di negara tersebut cakna dengan perkara ini dan meletakkan logo halal. Sekali gus membuang keraguan tentang status halal produk atau makanan tersebut.

Oleh itu, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.

Anda boleh download senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - kemaskini 1 Disember 2020 dalam format .pdf atau .jpeg yang lebih terang disini.

Download Sini/button/#1E90FF

Senarai Penuh Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh JAKIM

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post