Yeah! Astro Belanja Siaran Movies Untuk Pelanggan Astro Secara Percuma Bermula 11 Februari

Astro Belanja Siaran Movies Untuk Pelanggan Astro Secara Percuma Bermula 11 Februari

Inilah yang ditunggu-tunggu dan akhirnya Astro mengumumkan tayangan percuma (complimentary viewing) bagi semua siaran Movies untuk semua pelanggan Astro bermula 11 Februari 2021 ini.

Tayangan percuma ini diberi bagi menghargai pengguna Astro terutamanya selepas kemenangan anugerah Platinum dalam Putra Brand Awards 2021 baru-baru ini. Astro sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Rangkaian Media untuk kali ke-11 berturut-turut. Amboi bolot semua ni.

Tayangan Percuma Siaran Movie Untuk Semua Pelanggan Astro

Bagi saya penantian ini bermula selepas Astro mengumumkan mereka memenang anugerah ini pada awal Februari sebelum ini. Kebiasaannya setiap tahun, Astro memang akan belanja siaran percuma selepas memenangi mana-mana anugerah. Semuanya bagi menghargai semua pelanggan Astro.

Astro Belanja Siaran Movies Untuk Pelanggan Astro Secara Percuma Bermula 11 Februari

Untuk tahun 2021 ini, Astro belanja siaran Movies bermula 11 Februari hingga 21 Februari 2021 yang melibatkan 6 saluran iaitu HBO (CH441 HD / CH431), Cinemax (CH412 HD / CH432), TVN Movies HD (CH416), Hits Movies HD (CH401), Fox Movies (CH413 HD / CH433), Fox Family Movies HD (CH414) dan Fox Action Movies HD (CH415).

BACASenarai Nombor Channel Astro Yang Baru Bermula 1 April 2020

Jadi sepanjang tempoh ini, kita boleh la tonton filem percuma seperti Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn, Spider-Man: Far From Home, Little Women, Despicable Me 2, Sonic The Hedgehog, Peninsula dan banyak lagi. 

Selain daripada siaran komplimentari Cartoon Pack dan News Channel yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini, boleh juga tengok filem-filem menarik sepanjang tempoh PKP yang memaksa kita untuk duduk di rumah.

Jadi jangan lupa, record siap-siapa filem best, nanti boleh tengok bila-bila je. Terima kasih Astro, lepas ni bagi la selalu siaran percuma. 

4/Post a Comment/Comments

  1. yang selalu di tunggu2 oleh pelanggan bukan full package Astro laa nii hehe :)

    ReplyDelete
  2. Kene bagitau kat adik2 ni.... boleh tgk movie ni, cuma kadang astro ni bila bg free movie tak bape best

    ReplyDelete
  3. seronoklah astro punya subscribers!

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post