Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Jika anda belum daftar untuk terima suntikan vaksin COVID-19, anda boleh ikuti langkah cara daftar terima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera melalui aplikasi di Android dan iOS.

Hari ini melalui kemaskini terbaru, rakyat Malaysia sudah boleh mula mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 iaitu menggunakan aplikasi MySejahtera. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu kemaskini aplikasi dan buat pengesahan.

Kita sedia maklumat, Malaysia telah mula menerima vaksin COVID-19 pada 21 Februari 2021 yang lepas. Fasa awal ini, Malaysia akan menerima daripada pembekal Phizer daripada Jerman, kemudian diikuti daripada pembekal lain yang keseluruhannya mempunyai 5 pembekal seluruh dunia. 

Anda juga perlu tahu, suntikan vaksin akan diberi mengikut fasa dan kesemuanya mengandungi 3 fasa bagi kumpulan sasar. 

Fasa 1 - Bagi petugas barisan hadapan (Feb - April 2021)
Fasa 2 - Golongan berisiko dan berpenyakit berbahaya serta warga OKU (April - Ogos 2021)
Fasa 3 - Rakyat Malaysia berumur lebih 18 tahun (Mei 2021 - Februari 2022)

Jadi saya pastinya tergolong dalam fasa 3, individu berumur 18 tahun ke atas iaitu bermula Mei ini. Tetapi apasalahnya kita daftar lebih awal kan. 

Daftar Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Melalui program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, terdapat 5 kaedah bagi anda mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin iaitu :

  1. Menerusi aplikasi MySejahtera
  2. Talian hotline - 1 800 888 828
  3. Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar & pedalaman
  4. Menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my/daftar
  5. Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta

Jadi setakat ini, hanya pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera telah dibuka. Mana yang belum daftar, jom tengok cara dan langkah mudah daftar disini.

BACA : Masih Terdapat Beberap Negara Yang Tidak Mencatatkan Kes COVID-19 Setakat Ini

Langkah 1)  Anda perlu download terlebih dahulu aplikasi MySejahtera di Play Store atau App Store. Jika anda sudah download sebelum ini, anda perlu kemaskini aplikasi kepada versi 1.0.28

Langkah 2)  Kemudian masukkan ke halaman utama MySejahtera dan klik "Vaksinani COVID-19". Seterusnya tekan pada "Pilih Untuk Aiman Bin Abdullah"

Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Langkah 3)  Pastikan maklumat saya yang tertera adalah betul dan tepat. Jika tidak, anda boleh klik pada "Edit". Jika sudah selesai, klik pada "Sahkan". Akhirnya tekan Ok dan selesai!

Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Rakyat biasa pastinya kebanyakkan adalah berada dalam Fasa 3. Jadi jangan risau, jika anda tidak dipanggil dalam masa terdekat. Insya Allah, bulan Mei nanti giliran kita. Apa-apapun daftar terlebih dahulu sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19.



Lebih mudah, guna sahaja aplikasi MySejahtera...

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post